Edisi Tak TIPU!! - Buat Duit Dengan BLOG!!!

wahhh…sekarang heboh pulak dikalangan blogger katanya susah nak buat duit dengan nuffnang kalau tak glamour atau jadi anak emas pihak nuffnang..tapi betul ke? jadi bile dah terbongkar macam tu, ramai pulak yang mula menceraikan nuffnang..ramai mencuba dengan innity, mangga ads, 701, adsense dan macam-macam lagi..saya pun tak ketinggalan walaupun dah beribu dapat dari nuffnang sebelum ni..semuanya sebab lepas letak iklan nuffnang berbulan tapi nilai bertambah dengan nilai terlalu kecil..tak macam dulu..jadi macamana nak survive??
Jadi apa bezanya antara penyedia iklan kat blog ni?
Oleh kerana saya hanya terdedah kepada 2 otai penyedia iklan ni iaitu innity dan nuffnang, saya hanya akan bandingkan antara 2 entiti terbesar ni yang memang sah berbayar..yerlah buat duit dengan blog ni baik cari yang betul-betul berbayar..
  1. 1. Time Keluar Iklan:

    Ramai pengguna nuffnang dah tahu yang waktu banyak keluar iklan ialah pada tengah malam atau awal pagi kan? selain waktu pagi..jadi adakah ini relevan?jadi berlumba-lumbalah blogger release post baru pada tengah malam semata-mata nak tarik viewer tengah malam untuk klik iklan mereka..adakah ini berbaloi? ada yang YA dan kebanyakkannya TIDAK! tapi jangan risau jika korang ada buffered ads sebab memang akan selalu keluar tanpa kira masa.
    Bagaimana dengan publisher innity? kebanyakkan iklan akan keluar waktu pagi dan tengahari yang sememangnya waktu paling top viewer di serata dunia termasuklah di Malaysia..jadi bila ramai view blog masa iklan keluar, jawabnya masyuk lah kan? hehehe..
  2. 2. Jenis Blog:

    Untuk Nuffnang, mereka terlebih sayangkan blog yang glamour dan sampai dengar ada blogger jadi jutawan kan? jadi bagaimana dengan blogger lain? kira ikut nasiblah jika terpilih dapat buffered ads atau iklan2 yang mahal..kalau tak, layankan iklan yang biasa-biasa tu. tapi iklan mereka kekadang masyuk juga..kekadang tu tak sedar pun ada iklan keluar, last2 hujung bulan masuk duit :)
    Blogger innity tak perlu risau dah. Once diluluskan blog dan akaun mereka, hanya setup kod iklan di blog dan tunggu iklan masuk..lagi kerap kita update blog, lagi kerap iklan akan terpapar dan lagi ramai advertiser akan suka blog kita. Jika blog anda lebih dari blog lain, mestilah lebih masyuk kan?
  3. 3. Targeted Viewer:

    Bagi nuffnang, iklan akan keluar mengikut survey dan maklumat yang kita isikan pada sistem mereka..dan juga pada pemilihan dari advertiser. jika pandai mengayat dan kebetulan advertiser suka, mungkin lebih masyuklah korang..tapi setakat ini rasanya iklan mereka tak betul2 targetted.
    Bagi innity, iklan mereka akan lebih berbentuk targetted viewer..mungkin juga mengikut lokasi viewer atau visitor tersebut. Seperti dimaklumkan juga tadi, masa iklan keluar juga mengikut tingkahlaku kebiasaan pelawat ditempat tersebut..thats why iklan innity jarang keluar sangat tengah malam..
  4. 4. Jenis Iklan:

    Dari nuffnang, hanya 3 jenis iklan banner disediakan dan sudah tentu skop advertiser kecil kan? tapi tak kecil dari segi modal atau dana diterima. thats why iklan nuffnang kekadang mahal kita dapat 1 klik..tapi bergantung kepada advertiser lah.
    Dari innity pula ada 10 jenis iklan disedikan. Dari segi banner  dah bermacam saiz..text-link lagi..in text lagi..bottom up lagi..banyaklah..bila dah banyak choice, mestilah advertiser pun banyak jenis kan? so banyaklah pendapatan kita..insyallah..
  5. 5. Perkongsian:

    Nuffnang cukup pantang jika diblog tersebut ada iklan lain dari penyedia iklan asia. Kejap je title gliteratti korang akan hilang..tapi lepas buang iklan lain dan tinggal iklan nuffnang je, title tu akan datang balik dalam 4-5 hari..titile gliteratti ni penting jika nak masyuk lebih.
    Innity pula jenis terbuka dan takde title pun. Semua publisher atau blogger sama dan yang membezakan mereka ialah kualiti content dan kekerapa update. Siap boleh letak iklan dari penyedia iklan lain lagi tau. Iklan banner affiliate pun boleh..kan senang tu? tulah namanya kebebasan dalam mencari pendapatan.
  6. 6. Pendaftaran:

    Nuffnang membuka peluang buat duit dengan blog bersama mereka dengan terbuka untuk sesiapa sahaja dan untuk jumlah blog yang tidak terkira..jadi pada yang baru bermula memang sesuai sebab tak perlu pening-pening..daftar je dan letak kod iklan..jika advertiser berkenan, akan keluarkan iklan kat blog korang tu.
    Innity pula lain..ada minimum requirement yang perlu lepas iaitu blog tersebut mestilah mempunyai minimum 100,000 Pageviews per month on average, minimum 20,000 Unique Visitors per month dan mestilah mempunyai post berkualiti serta kerap diupdate. Susah ke nak dapat ni? Semua diterangkan di cara buat duit dengan innity
Ni antaranya yang saya dapat bongkarkan..Ada banyak lagi pantang-larang dan rahsia bagaimana menjana wang dengan blog boleh menjadi lebih berjaya dan masyuk $$$ …semuanya pada

Catat Ulasan