Gaddhafi: Detik Terakhir Sebelum & Selepas Ditembak

TAKDIRNYA, Kolonel Muaamar Gaddafi mati selepas ditembak pejuang penentang Libya. Beliau yang dijumpai meyorok didalam kolong ditepi jalan sebagai percubaan melarikan diri dari ditangkap. Konvoi beliau sebelum itu dibom oleh jet pejuang Perancis atas bidang kuasa NATO.
Semasa ditangkap Gaddafi berkali-kali memohon agar beliau tidak dibunuh. Ini adalah polar opposite dari apa yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu dimana beliau bersumpah akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Jelas beliau tidak lari meninggalkan negaranya seperti pemimpin-pemimpin lain yang menyedari kerajaannya akan jatuh, seperti juga Saddam Hussein Presiden Irak.
Gaddafi diheret keluar dari kolong selepas pengawal peribadinya semua dibunuh. Selepas dibelasah pejuang yang menangkapnya beliau ditembak dikepala. Mayat beliau kemudian diseret sebelum ditunjukkan kepada orang ramai sebagai bukti kematian beliau.
Turut terbunuh dalam serangan di SIRTE semalam ialah anak beliau Mutassim Gaddafi. Sirte ialah banda kelahiran Gaddafi, macam Saddam yang lari ke Tikrit selepas kekalahan teruk – Gaddafi melarikan diri ke Sirte untuk one final stand.



Catat Ulasan