[Gambar]: 10 Ibu Terkaya Di Dunia =D



Alangkah indahnya dunia kalau mak aku pun tergolong dalam golongan ibu-ibu yang terkaya di dunia..Tak payah susah-susah nak kerja, cukup bulan, mintak je duit poket, apa ada hal, mak aku orang kaya la kata kan..hahahaha =D


Tapi itu hanya sekadar imaginasi liar aku sahaja..Macam mana pun aku tetap bersyukur dengan mak yang aku ada sekarang ni, biar tak kaya harta pun tak apa, asalkan kaya dengan sifat kasih sayang..Betul tak?


So, cuba korang tengok-tengok, mana tahu mak korang mungkin tersenarai sama dalam list ni..hehehehe =D


10. Charlene de Carvalho-Heineken (Netherlands) $7 billion


Berpendidikan jurusan undang-undang di Universiti of Leiden, London. Merupakan ibu kepada 5 orang anak.


9. Anne Cox Chambers (U.S) $10 billion

Pernah bekerja sebagai guru sekolah dan wartawan surat khabar. Status bercerai dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.


8. Jaqueline Mars (U.S) $11 billion

Pemilik kilang coklat terkemuka dunia seperti Snickers, Milky Way dan M&M's. Status bercerai dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.


7. Iris Fontbana (Chile) $11 billion

Pewaris harta suaminya yang berupa iaitu Antofagasta, iaitu lombong tembaga terbesar di dunia. Berstatus janda dan mempunyai 3 orang anak.


6. Susanne Klatten (Germany) $11.1 billion

Waris perempuan dalam syarikat automobil terkemuka dunia, BMW yang berkelulusan MBA dari sekolah perniagaan IMD di Lausanne, Switzerland. Status berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.


5. Abigail Johnson (U.S) $11.5 billion

Bakal pewaris Fidelity Investments, dana bersama syarikat yang terbesar di Amerika. Berkelulusan MBA dari Harvard dan menyertai bisnes keluarga pada tahun 1988. Status berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.


4. Savitri Jindal (India) $12.2 billion

Pewaris harta suaminya iaitu O.P Jindal Group, perniagaan yang berasas kan besi dan konglomerat. Status janda dan mempunyai 9 orang anak.


3. Birgit Rausing (Sweden) $13 billion

Pewaris empayar perniagaan peninggalan suaminya, iaitu syarikat pembungkusan terbesar, Tetra Laval (yang buat bungkusan air kotak tu). Status janda dan mempunyai 3 orang anak.


2. Liliane Bettencourt (France) $20 billion

Waris perempuan yang mewarisi harta peninggalan arwah ayah nya, pengasas kosmetik gergasi L'oreal. Status janda dan mempunyai seorang anak perempuan.


1. Christy Walton (U.S) $22.5 billion

Menjadi jutawan pada tahun 2005 apabila suaminya, anak kedua pengasas Wal-Mart Stores, terkorban dalam nahas pesawat ringan. Status janda dan mempunyai seorang anak.


Credit: Forbes, 12 May 2011


p/s: berbangga lah dengan ibu korang se-adanya =)

Catat Ulasan