GEMPAR - Lelaki Bertarung dengan Ikan Gergasi - Kerakap

ikan
SMITH berdiri di sebelah ikan kerakap yang ditangkap selepas menewaskan seekor buaya.
SEORANG guru seni dari Ireland Utara, Tim Smith terpaksa bertarung dengan seekor buaya besar sebelum berjaya menangkap seekor ikan raksasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia bersaing dengan reptilia itu dan secara kebetulan berebut menangkap ikan yang sama semasa memancing di atas sebuah bot kecil di sungai Victoria Nile, Uganda baru-baru ini.
Smith, 39, yang bertugas di Portora Royal School di Enniskillen dekat sini mendakwa, dia ‘bertarung’ selama 45 minit sebelum memperoleh ikan kerakap seberat 113 kilogram.
Buaya tersebut sudah pun membuka rahang mulutnya untuk membaham Smith sebelum dia menghidupkan enjin bot dan segera menuju ke arah kawasan air terjun Murchison.
“Saya melihat buaya itu meluru ke depan bot saya dan cuba menarik ekor ikan kerakap tetapi ia gagal berbuat demikian kerana saiz ikan ini amat besar sebelum buaya itu merempuh kuat bot saya pula,” katanya.
Ikan air tawar sepanjang 1.82 meter yang dipancing Smith itu turut mengatasi rekod ikan kerakap terbesar sebelum ini dan pernah ditangkap di kawasan sama yang beratnya 104 kilogram.

3 comments

Apsal pula Headline "LELAKI BERTARUNG DENGAN BERUANG GERGASI" ... tp keterangannya Buaya n Ikan Kerapu. Adeii..

Reply

Eh salah pula... bukan ikan Kerapu..ikan kerakap..ahaha

Reply

sorry kalian...amended dahh....

Reply

Catat Ulasan