GEMPAR - Top 5 Makanan Pelik-Pelik

Di setiap pelusuk dunia terdapat pelbagai masyarakat yang mempunyai budaya yang berbeza dengan masyarakat kita. Bukan takat budaya, bahasa, tapi yang paling penting makanan. Terdapat mereka yang sukakan makanan eksotik (katanya nampak cool dan lain dari yang lain). Tapi sejauh manakah eksotiknya. Boleh kah diterima oleh usus dan perut masyarakat kita yang lembut lagi suci ini. Ha jom kita tinjau serba sedikit makanan eksotik dan pelik-pelik serata dunia. Saya senaraikan 5 jenis eksotik tahap gaban di sini. mengikut citarasa saya. Mau cuba?? Euuuuu... Larikkkkk.

1. Fugu
Bunyi macam cekedis atau jajan. Ape benda la ni ek? Fugu ni berasal dari Jepun. Merupakan ikan yang paling beracun dan paling merbahaya jika dimakan. Tapi jangan risau. Ada chef yang extremely pakar dan mahir yang tahu cara untuk menyediakan Fugu ni agar orang yang gila nak makan benda ni tak mati terkena racun. Tapi hanya beberapa orang chef je, tak ramai pun yang reti. Chef handalan ni berlatih hampir 2 ke 3 tahun untuk betul-betul pakar dalam masakan ikan ini. Nak tau chef tu pakar ke tak? Berani mencuba? I dont think so.

2. Sanakji
Makanan-makanan Jepun rasanya sudah menjadi kebiasaan di negara kita ni. Alahai setakat ikan mentah bergumpal dengan nasi lembik bukannya geli sangat pun nak makan. Mesti ramai yang suka sushi kan. Makan sushi la baru nampak Jepun habis. Haha. Kalau nak rasa yang murah-murah pegi je ke Tesco tak pun Jusco. Bersepah-sepah sushi dan sashimi kat sana. Ha tu kalau nak jadi Jepun. Kalau nak jadiKorea pulak kena la makan Sanakji ni. Beza nya dengan sushi Jepun tu, Sanakji ni makanan yang masih hidup.. Wooo. bergerak-gerak lagi dalam pinggan tu. Siapa nak cuba angkat tangan..


3. Balut
Bukan pembalut hadiah atau pembalut buku yer. Ni itik. Kejam betul rasanya bila tengok diorang ni makan anak itik yang baru nak menetas ni. Nak menangis tengok, sadis betol. Anak itik yang baru peringkat embrio ni direbus dan dimakan secara rakus. Katanya menampakkan kejantanan dan meningkatkan tenaga batin (kah3). BARBARIC abes!! Huh kesian anak itik ni. Makanan ni terkenal di Filipina. Hmmm.. Pernah dengar cerita pasal orang makan janin di China?? (sebenarnya kisah tu tak betul pun).. Ha Balut ni sama je la dengan kisah tu. Bezanya Balut ni itik punya janin... (OMG.. Itik ada janin ke?)


4. Casu Marzu a.k.a Cheese Ulat
Eeee yuks. Dengar nama je dah tau apa benda ni. Biasa kalau yang sukakan Chese pelik-pelik dan creepy ni orang Italy. Dalam cheese ni ada serangga, larva, dan Ulat-ulat comel yang meliuk lentuk dengan cergas macam cheese ni halaman rumah diorang. Ulat-ulat dan serangga ni dimasukkan ke dalam cheese untuk meningkatkan kadar fermentasi (cara pembuatan cheese ni orang panggil penapaian a.k.a fermentasi). Cara ini akan memecahkan lemak dan menyedapkan lagi rasa cheese ni. Orang yang tak biasa makan cheese ni100% akan cakap bau stoking kawan serumah yang tak terbasuh sebulan tu lagi sedap dari bau cheese ni.


5. Kopi Luwak
Kopi ni tak sama yer dengan kopi Jantan, kopi Janda ke, kopi Nenda semua tu. Ni adalah antara kopi yang termahal di dunia dengan cara pembuatan yang pelik dan jijik. Cara pertama - Bagi musang makan biji kopi (spesies musang ni dipanggil Asian Palm Civet). Lepas tu tunggu musang-musang ni sembelit dan terberak keluar biji kopi. Ha. Last skali ambil biji kopi ni lap-lap sikit basuh sikit lepas tu celup dalam air panas dan kacau. Kopi siap!! Eeeeeuuuuu.. Nak tanya sikit  boleh?? Taik apa yang kome makan tuuuu!!!

2 comments

hahahahha mmg la x lalu nak makan...ieyuuuu..geli jek..

Reply

admin x mampu nak berkata ape2 bila tgk mkanan pelik dorang nih!!!..hu3

Reply

Catat Ulasan