Hanya kerana rambut 2 remaja cantik ini dilarang bersekolah

Seorang pengetua di sebuah sekolah Gloucestershire di Britain dikritik oleh ibu bapa selepas beliau memberi amaran kepada dua pelajar yang berambut terlalu perang supaya mewarnakan rambut mereka dengan warna coklat.

Kedua-dua pelajar itu, Raegan Booth dan Aby Western berkata, pengetua sekolah mereka, David Alexander mengancam untuk menyingkirkan dari sekolah melainkan mereka mewarnakan rambut.Pelajar itu mendakwa dipaksa mematuhi kod pakaian Sekolah Rednock di Dursley bagi membolehkan mereka menduduki satu peperiksaan.

Undang-undang sekolah menetapkan pelajar perlu memiliki rambut yang dianggap tidak luar biasa.Booth, 16, dan Western, 15, enggan mewarnakan kerana rambut mereka yang perang itu sebenarnya adalah asli.Bagaimanapun, Alexander berkata, pelajar itu diarahkan pulang bagi menggelapkan rambut dan mereka masih dibenarkan menduduki peperiksaan.

“Saya akan bertemu dengan ibu bapa kedua-dua pelajar itu bagi menjelaskan kepada mereka berhubung peraturan sekolah,” katanya.

Catat Ulasan