[HARIAN METRO 13 NOV] - Wanita histeria mati terjun kondominium

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang mempunyai masalah mental, dipercayai mati akibat terjun dari tingkat 11 di sebuah kondominium di Jalan Kuching, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun, ditemui mati di kawasan lalu-lalang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya yang merupakan warga China dan menetap di Malaysia selama setahun sebagai pelancong.

“Sehari sebelum kejadian, ibu saudara mangsa membawanya ke hospital kerana histeria. Setelah diberikan ubat, mangsa dibawa pulang. Ketika di rumah mangsa mengalami histeria, lalu terjun. Dia cedera berganda dan mati di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, polis menjumpai mayat lelaki berusia 58 tahun, berpakaian lengkap, di dalam longkang di Jalan Ambung, Kepong Baru, pada jam 10 pagi semalam.
“Siasatan mendapati, mang­­­sa yang bekerja di kawasan parkir, dipercayai dipengaruhi alkohol ketika jatuh ke dalam longkang itu.
Ketika kejadian mayat dijumpai dalam keadaan berdiri dan cedera. Mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.
Polis mengklasifikasikan kedua kes itu sebagai mati mengejut.
Sinar

Catat Ulasan