Hebat, Budak 12 Tahun Hasilkan Apps Untuk iPhone Dan Jalankan Syarikat Sendiri

1 Budak 12 Tahun Hasilkan Apps Untuk iPhone Dan Jalankan Syarikat Sendiri
Biasanya kita lihat kanak-kanak berumur 12 tahun menonton rancangan kartun di televisyen, bermain permainan video/komputer dan pelbagai lagi. Tetapi kanak-kanak berumur 12 tahun ini amat berbeza dengan kanak-kanak lain. Thomas Suarez merupakan seorang pelajar darjah 6 yang merupakan antara pembangun aplikasi untuk telefon pintar iPhone. Bukan itu sahaja, malah dia juga turut menjalankan syarikat miliknya sendiri.


Suarez juga telah menubuhkan sebuah kelab di sekolah menengah untuk membantu kanak-kanak lain mempelajari program komputer. Baru-baru ini Suarez telah memberikan satu ceramah dalam sidang TEDxManhattanBeach.
Applikasi yang dihasilkan Suarez antaranya adalah
1-Bustin Jieber
2-Bustin Howie
3-Bustin Piers
4-Bumi Fortune
5-Rinaldi Bergerak
Semua applikasi tersebut boleh dimuat turun di sini
Betul-betul menarik, kan? Jadi apa yang anda lakukan semasa anda berada di darjah 6?!

Catat Ulasan