Hebat, Lelaki Berjalan Atas Tali Tanpa Guna Alat Keselamatan


Seorang pelagak ngeri, Andy Lewis, 24, kelihatan tenang ketika dia berjalan merentasi seutas wayar sepanjang 13.7 meter (m) yang tergantung di atas cerun curam sedalam 30.48m tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.

Dia berjalan merentasi wayar halus itu di sebuah kawasan curam di kawasan Flat Sand, Amerika Syarikat baru-baru ini.

"Sekiranya saya hilang keseimbangan, saya akan terjatuh dari atas wayar ini atau terjunam ke bawah dan terbunuh," katanya selepas menyeberangi cerun curam itu.

 

source: kosmo, dailymail.co.u

Catat Ulasan