HOT - GAMBAR PERKAHWINAN SYELLA KAMARUDDIN

Masih ingat lagi dengan Syella Kamaruddin? Suatu ketika dahulu dia pernah popular dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Namun entah di mana silapnya, karier nyanyiannya tidak bertahan lama. Selepas muncul dengan album pertama, ‘Pasti Kembali’ pada 2002 dan album kompilasi ‘Koleksi Terbaik & Hits 60an’ pada 2003, penyanyi ini bagaikan menghilang dari dunia muzik tempatan.


Walaupun begitu, Syella sesekali mencuri perhatian apabila sering dikaitkan dengan VVIP dan VIP.  Penampilannya yang seksi juga menjadi topik hangat di beberapa akhbar dan blog hiburan. Terbaru, penyanyi berusia 26 tahun ini didakwa telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian bukanlah perkahwinan yang diadakan secara tertutup ini, tetapi nilai hantaran yang diperolehi oleh Syella. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga dikatakan mendapat sebuah kereta Mini Cooper.

Bagi mendapatkan kesahihan dakwaan ini, GUA telah menghubungi Syella dan dia mengaku telah berkahwin dengan seorang VVIP. Namun, Syella menjelaskan ada beberapa fakta yang tidak betul tentang perkahwinannya itu.


“Memang saya telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini, tetapi majlis pernikahan kami bukan pada Jumaat lepas (11 November). Kami telah bernikah pada bulan September lalu. Gambar-gambar yang tersiar di internet itu adalah gambar-gambar ketika majlis resepsi di rumah ibu bapa saya di Cheras pada 11- 13 Nov lalu. Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya  mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai,” ujar Syella membuka cerita.

Ditanya mengapa dia seolah-olah menyembunyikan perkahwinannya itu , Syella memberitahu dia tidak pernah berniat untuk berbuat begitu. Jelas penyanyi jelita ini, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup,  tetapi majlis resepsinya baru-baru ini menjemput kira-kira 3000 orang tetamu.


“Saya tidak maklumkan kepada pihak media bukan kerana hendak sembunyikan perkara ini, tetapi saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular. Album baru pun tidak ada. Alih-alih hendak jemput pihak media datang ke majlis perkahwinan. Saya rasa macam tidak kena. Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Bukan ada sebab lain. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua orang adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu,” jelas Syella lagi.

Dalam masa yang sama, Syella turut mengakui majlis perkahwinannya itu menelan belanja RM15 juta seperti yang dilaporkan. Jelas Syella, jumlah itu termasuk nilai barangan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua  belah pihak.


“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, Saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.

Biarlah orang hendak buat spekulasi. Saya berkahwin bukan kerana harta. Saya sendiri sudah punya wang dan harta berkat beberapa perniagaan yang saya jalankan. Kalau orang masih tidak percaya, apa yang boleh saya buat,” ujar Syella.











Fakta yang perlu anda tahu:-

1)    Syella enggan mendedahkan nama suami serta gelaran yang diperolehinya selepas berkahwin (Datin, Datin Sri atau Puan Sri) kerana menghormati permintaan VVIP itu.
2)    Syella juga enggan mengulas sama ada dia berkongsi suami atau tidak.
3)    Syella ambil keputusan berkahwin dengan suaminya sekarang ini setelah mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah pada April lalu.
4)    Syella menafikan dia berkahwin kerana harta. Jelasnya, dia sudah memiliki kemewahan daripada beberapa perniagaan yang dijalankan.
5)    Dua pasang gaun yang digayakan ketika majlis resepsi itu adalah rekaan Hatta Dolmat dan setiap  satu daripadanya berharga RM60,000.
6)    Pasangan ini telah berbulan madu selama dua minggu di Eropah pada September lalu.
7)    Syella dan suami merancang untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat.

Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/11/gambar-perkahwinan-syella-kamaruddin.html#ixzz1drw9145m

Catat Ulasan