HOT - TAHAN LAMA!!


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2011. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2012. Wah?... tahan sampai 1 tahun kan ? Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau.

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama', bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang... hahaha! 

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik & elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat laut. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj,  bungkus elok-elok. Jangan bagi angin masuk, jangan bagi habuk masuk, jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan. Gerenti kereta tahan lama... 

KENYANG 
Kalau nak tahan lama, sebelum makan baca bismillah dan doa. Akhir makan, doa dan ucap alhamdullillah. Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... 

ROKOK TAHAN LAMA
Rokok nak tahan lama? Beli satu kotak, letak dalam rumah/office/kereta tp Jangan Hisap! Cnfrm tahan!

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur. 

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. Kena jujur dan ikhlas. 

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca blog aje macam korang. Dah tak ada kerja lain ke? Kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

PAHAM TAK ORANG CAKAP NI......DAH GI WAT KEJE TU !

OK2... main-main je. Teruskan membaca duniawi-kini.blogspot.com ok!

sumber : sweeties on Wed 30 Sep 2009, 11:38 am

Catat Ulasan