INFO - SUNGAI SUCI GANGGA YANG KELAM

Gangga ialah sungai di India Utara yang menurut pemerintahan India sebagai Sungai Nasional Bharat. Dalam Hinduisme, Gangga juga disembah sebagai dewi. Sungai ini adalah sungai suci bagi yang beragama hindu. Sejak zaman purba terdapat keyakinan bahawa air sungai Gangga itu mempunyai kekuatan melebur dosa dan memulihkan rohani dan jasmani. Di dalam Veda-Veda, kemudian di dalam Mahabharata, mula dan ceritera pertama sampai terkini, kesucian dan sifat melebur dosa air sungai Gangga itu selalu disebut-sebut.
Airnya itu, baik untuk menyucikan diri sendiri, mahupun untuk menyucikan roh orang yang sudah meninggal. Di dalam setiap upacara penyucian, nama Gangga, baik sebagai Dewi mahupun sebagai sungai, tidak pernah ketinggalan untuk dipuja. Di Alam Dewa sungai kenamat itu disebut Alakananda, di alam Pitri disebut Vaitarani. 
Sedangkan nama lain untuk Gangga pada umumnya adalah Bhagirathi. Sungai besar dan suci itu mempunyai tujuh aliran anak sungai, dan masing-masing mempunyai kekuatan melebur dosa. Nama-nama dan ketujuh cabangnya itu, iaitu: Gangga, Yamuna, Saraswati, Vitastha, Sarayu, Gomati, dan Gandaki. Dikatakan bahawa dengan terkena pecikan air sungai-sungai itu yang dimohon dengan upacara, akan dapat menjauhkan diri kita dari bencana, dan apabila meminum airnya, akan terbebaslah kita dari pengaruh penbuatan dosa.

INDAHNYA SUNGAI GANGGA :

SUNGAI GANGGA DARI SUDUT YANG KELAM

KATA ULAN ; aduhhh sanggup tak korang berkayak kat sungai ni? apatah lagi mandi manda bersuka ria,atau berkelah di pinggir sungai yang adanya mayat bergelimpangan????? uLan tak sanggup!!!! huhuhu

Catat Ulasan