Info Terkini - Peniaga Cina Kalau Tiada, Malaysia Tidak Akan Ke Mana. Betulkah? Peniaga Melayu Ke Mana?

peniaga cina 2 Peniaga Cina Kalau Tiada, Malaysia Tidak Akan Ke Mana. Betulkah? Peniaga Melayu Ke Mana?
Hakikatnya, perniagaan dan bangsa Cina memang tidak dapat dipisah dan peniaga Cina di Malaysia dinafikan keupayaan mereka. Sejak dahulu lagi mereka memang terkenal dengan masyarakat berdagang. Walaubagaimanapun, tidak kesemuanya kerana ada juga Cina miskin dan tak pandai meniaga, tetapi sebahagian besarnya peniaga Cina memang ke hadapan. Sehinggakan,  Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memujinya….
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji peniaga Cina yang menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan Malaysia.
“Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina di Serdang, Muhyiddin menggesa masyarakat itu menjalinkan kerjasama dengan masyarakat bumiputera untuk masa depan negara.
Katanya, masyarakat Cina juga harus menyokong syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sejak lebih 10 tahun kebelakangan ini membuat lebih banyak pelaburan dalam negeri.
“Saya gesa masyarakat peniaga Cina Malaysia untuk terus menjadi rakan kongsi kami dalam membangunkan negara, laburlah negara dan bergabung tenaga dengan kedua-dua ahli perniagaan bumiputera dan GLC,” katanya.
Dalam perniagaan, kalau tiada peniaga tidak akan datang pembelinya. Jika tiada sokongan pengguna, peniaga Cina pun tidak akan ke mana. Jadi maknanya di sini, Masing-masing saling memerlukan. Baik daripada lapangan perniagaan sehinggalah ke politik. Itu sebablah ada :
Jadi hakikanya yang perlu diakui setiap bangsa mempunyai peranannya masing-masing dalam memajukan negara. Ibarat bahan-bahan yang digunakan bagi membina sebuah rumah yang kukuh. Masing-masing mempunyai “kekuatannya tersendiri”, jadi kalau bukan usaha semua Malaysian, kami bersetuju dengan pendapat kita tak akan berjaya sampai hari ini”.
Cuma yang menjadi persolannya sekarang ini, apa langkah terbaik bagi memastikan jurang di antara sesama bangsa dalam lapangan ekonomi terutamanya orang Melayu supaya tidak tertinggal jauh ke belakang? /Usawan Peniaga Melayu ramai yang dah berjaya tetapi masih belum cukup untuk mendpat pecahan yang “stabil” dalam ekonomi di Malaysia. Apa usaha yang kita lakukan…..
Diharapkan selepas ini :
  • Dipermudahkan lagi, urusan kewangan perniagaan kepada bangsa Melayu ini. Elakkan terlalu banyak sangat birokrasi & kepentingan
  • Perhebatkan lagi lantikan usahawan Melayu daripada peringkat bawah sehingga mereka betul mahir dan betul-betul berjaya
  • Asuhlah Melayu supaya menjadi pengeluar produk antarabangsa dan berat
  • Akhir sekali elakkan kayakan hanya 2,3 orang Melayu, Cina & India di Malaysia ini. Agihkan kekayaan negara kepada lebih ramai orang Melayu, Cina & India yang “cukup-cukup makan sahaja”. Supaya jangan ada yang kaya semakin kaya, yang miskin makin melarat.
  • Tetapi, yang paling pentingnya untuk berjaya dalam perniagaan adalah sikap dalam diri itu sendiri. Jangan ada sikap hasad dengki, cepat berputus asa dan mengalah sebaliknya mesti cepat mencari jalan penyelesaian mesti cepat mencari alternatif & jalan penyelesaian di atas sesuatu masalah
Melayu, Cina, India dan seluruh etnik di Malaysia, kenalah hidup bagai aur dan tebing….Kami teringat kata-kata emas dari John Donne yang berbunyi begini :
No man is an island
No man is an island entire of itself; every man is a piece of the continent, a part of the main; if a clod be washed away by the sea, Europe is the less, as well as if a promontory were, as well as a manor of thy friends or of thine own were; any man’s death diminishes me, because I am involved in mankind. And therefore never send to know for whom the bell tolls; it tolls for thee.
Setiap kali apabila membuka topik mengenai lapangan perniagaan di Malaysia. Peniaga Cina jauh meninggalkan peniaga Melayu. Berapa lama kita mahu mendengar perbandingan sebegitu? Adakah Perniagaan ni ibarat objek pejal seperti Berlian/Emas?
Pengeluar/Pengimport -> Pemborong -> Peniaga -> Pembeli
  1. Bank Hong Leong/Publik Bank: Peniaga Cina pegang, Melayu tak boleh buka bank baru?
  2. Kilang Top Glove Bhd menghasilkan sarung tangan getah: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah peniaga Melayu tak boleh buka kilang baru?
  3. Pengimport kain/kamera/computer/Coklat/Susu/Kertas & dll: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah peniaga Melayu tak boleh buka syarikat import baru?
  4. Pemborong Nestle, Ayam Brand Sardin, Milo, Biskut, Dutch Lady, F&N: Peniaga Cina pegang. Tetapi adakah Melayu tak boleh buka syarikat borong untuk beli dari pengeluar?
Adakah apabila Melayu nak jadi pengimport Cina tak bagi?
Adakah apabila Melayu nak jadi pemborong Cina tak bagi?
Adakah apabila Melayu nak jadi buka kilang Cina tak bagi?

Boleh bagi contoh macam mana peniaga Cina halang untuk peniaga Melayu berusaha merapatkan jurang ekonomi sesama bangsa? Kami kurang bersetuju jika ada yang mengatakan “peniaga Melayu tidak berjaya dalam lapangan perniagaan sebab peniaga Cina”. Hakikatnya berapa banyak orang-orang Melayu kita memegang tampuk kuasa dalam syarikat-syarikat GLC.

peniaga cina 3 Peniaga Cina Kalau Tiada, Malaysia Tidak Akan Ke Mana. Betulkah? Peniaga Melayu Ke Mana?
Kami berikan contoh :
  • Adakah peniaga Cina boleh halang jika PNB meneruskan niat mereka untuk mengambil alih SP Setia Berhad Group?
  • Adakah Melayu hanya boleh berjaya dalam perniagaan jika takeover syarikat Cina? Jika bos SP Setia tubuh syarikat baru, adakah syarikat baru tu juga perlu dijual kepada Melayu supaya lebih ramai developer Melayu wujud?
P/S : Apa cadangan dan pandangan anda untuk merapatkan jurang ekonomi antara peniaga Cina & peniaga Melayu di Malaysia??

Catat Ulasan