Inilah akhbar pertama didunia



Menurut sejarah jurnalis, akhbar pertama di dunia ialah Acta Diuma yang terbitkan pada tahun 59 sebelum Masihi di kota Rom pada Zaman Julius Caesar dan kandungannya adalah mengenai polisi-polisi maharaja.

Acta Diuma mengandungi keterangan dari istana, seperti siaran akhbar, ditulis di sebarang benda, sebab kertas belum lagi wujud. Kemudiannya, setelah kertas ditemui kali pertama oleh Tsai Lun dan penemuan mesin cetak olah Johan Guttenberg pada tahun 1456, surat khabar mula dicetak.

Akhbar pertama yang dicetak adalah Relation, diterbitkan pada tahun 1605 oleh Johan Carolus.

Akhbar tertua di dunia yang hingga kini masih terbit adalah Post – och inrikes Tidnigar dari Sweden yang mulai terbit pada tahun 1645.

Akhbar yang mula menggunakan kertas dan lebih terperinci adalah Journal An Sou de Nouvelle yang terbit di Perancis pada masa Napoleon Bonaparte, abad ke-17, mengandungi tentang perjalanan tentera Napoleon dari Paris menuju Napoli di Itali.

Namun, ramai yang percaya bahawa trend akhbar dengan format yang kita kenal seperti sekarang ini, pertama kali dicetak di England pada tahun 1621.

Tahukah anda, akhbar pertama di Malaysia diterbitkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1806 dengan nama The Government Gazette. Dalam tempoh hidupnya selama 22 tahun, akhbar ini mempunyai beberapa nama tetapi ia lebih dikenali sebagai The Prince of Wales Island Gazette.

Akhbar ini ditubuhkan oleh seorang pencetak dan penerbit dari Madras bernama Andrew Burchett Bone yang berhijrah ke Pulau Pinang selepas pulau itu dinaikkan taraf.

Catat Ulasan