Isu Potong Duit RM100 – Luahan Hati Cikgu Suziani

Cikgu dan Guru Besar sekolah telah dihentam seteruk-teruknya akibat isu memotong duit bantuan RM100 murid sekolah. Di sini Cikgu Suziani ingin meluahkan perasaan.

Sekolah saya ada beberapa orang waris yg masih belum menjelaskan yuran awal tahun. Minta dah banyak kali, tulis surat dah banyak kali. Lagipun yuran yg hendak di jelaskan itu sekitar RM20 hingga RM40 je. Suruh bayar sikit2 pun tak mahu. Sekolah dah nak tutup tapi yuran masih tak bayar. Kalau Guru Besar yg baik atau ada guru yg prihatin selalunya duit depa lah kena korbankan. Apa salahnya pihak sekolah memotong sedikit duit tu utk jelaskan yuran.


Buku2 kehadiran kita kena audit. Kalau dia tak bayar yuran, memang akan menyusahkan pihak sekolah balik, jadi tolong jangan tuduh guru2 dan Guru Besar. Sekolah saya je setiap tahun mesti ada aje guru yg kena korbankan duit gaji dia sebab nak settle benda2 mcm ni. Ibubapa cam ni mmg tak bertanggungjawab.
Dah dapat bantuan pun masih tak mahu menjelaskan yuran. Duit tu pun tujuannya utk benda2 cam ni bukan utk belanja makan KFC. Tuan2 dan puan2 tolonglah bersangka baik dengan pihak sekolah.
Tadi ada sorg guru sekolah saya kena marah dengan gb sebab ambil duit hutang yuran dari seorang bapa dari duit bantuan tu. Tapi bapa tu sendiri yg sukarela nak bayar dengan duit bantuan tu, bukan cikgu tu paksa. Cikgu tu cuma ingatkan dia ttg bayaran yg masih belum di jelaskan. Tolong hentikan segala tuduhan pada kami ye…. Semua duit yang kami minta parent bayar masa awal sekolah adalah atas arahan pihak atasan bukan kami pandai-pandai nak letak yuran.
Kalau boleh kami tak mahu parent bayar sesen pun sebabnya nak urus duit mereka tu bukan senang. Kami ada buku rekod kehadiran di mana semua bayaran yg telah di sahkan akan di rekod dalam buku ini dan buku ini pula akan di audit. Jadi nak tak nak kena bayar juga. kalau cikgu2 tak mahu bayar, kami akan minta PIBG bayarkan. Selalunya ibubapa yang nak bayar akan bayar sikit-sikit contohnya sebulan RM10 pun kami terima, yang masalahnya ni parent yg tak mahu bayar langsung.
Tengoklah dah dapat duit RM 100 pun masih mengadu yg duit mereka di potong oleh pihak sekolah kerana bayar yuran anak mereka yg tertunggak. Memang tak reti bersyukur. .. ada juga yg cikgu bayarkan yuran tapi tak reti nak berterimakasih. Aku rasa profesion perguruan adalah satu kerjaya yg selalu kena pakai duit sendiri utk selesai masalah sekolah. Ada satu sekolah tu tiap cikgu kena bayar rm10 sorang utk byr duit elektrik . -Cikgu Suziani-
P/S: Setiap pekerjaan pun ada cabaran dan pengorbanan. Memang tidak dapat kita nak pertikaikan keperihatinan seorang guru kepada anak-anak muridnya. Semoga kerajaan mengambil berat tentang isu potong RM100 ini. Nanti yang akan ditanya di akhirat kelak ialah kenapa ibu bapa itu tidak mampu bayar? Adakah kerana salah kerajaan yang tidak memberi kebajikan atau kerja yang secukupnya kepada rakyatnya?
Sumber: Gerai 3 Abdul | Koleksi Berita Pendidikan Melayukini.net

4 comments

sy sokong time dapat duit kena potong bising tp yuran xingat nk byr...yg free tahun depan yg skg kna byr....

Reply

mungkin itulah sebabnya guru ni diibaratkan lilin...sabar je la...Allah SWT lebih mengetahui pengorbanan guru...

Reply

skola kuat songlap duet...butoh pnye ckgu...

Reply

saya paham masalah cikgu tp sbgi cikgu dia kena paham juga kerajaan bg duit tu utk dibahagikan kepada ank2 murid sek & x plak dnyatakan bahawa duit RM100 tu boleh dipotong sekiranya ibu bapa x byr yuran...klu dh tau susah napa x complain kt pihak atasan je...

Reply

Catat Ulasan