KISAH SEDIH SEORANG PEROMPAK DAN SEORANG ANAK BUTA

Moore adalah seorang doktor terkenal dan dihormati, melalui tangannya sudah tak terhitung nyawa yang telah diselamatkan, dia tinggal di sebuah bandar tua di Perancis. 20 tahun yang lalu dia adalah seorang banduan, kekasihnya mengkhianati dia lari kepelukan lelaki lain, kerana emosinya dia melukai lelaki tersebut, maka dia dari seorang mahasiswa di universiti terkenal menjadi seorang banduan, dia dipenjara selama 3 tahun.
Setelah dia keluar dari penjara, kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain, kerana statusnya sebagai bekas banduan menyebabkannya ketika melamar pekerjaan menjadi bahan ejekan dan penghinaan. Dalam keadaan sakit hati , Moore memutuskan akan menjadi perompak. Dia telah lalu menyasarkan sebuah rumah di bahagian selatan bandar untuk dirompak, para dewasa dirumah tersebut semuanya pergi bekerja sampai malam baru pulang ke rumah, di dalam rumah hanya ada seorang anak kecil buta yang tinggal sendirian.
Dia pergi ke rumah tersebut mencungkeil pintu utama membawa sebuah pisau belati, masuk ke dalam rumah, sebuah suara lembut bertanya, “Siapa itu?” Moore sembarangan menjawab, “Saya adalah rakan papamu, dia memberikan kunci rumah kepadaku.” Kanak-kanak kecil ini sangat gembira, tanpa curiga berkata, “Selamat datang, namaku Kay, tetapi papaku malam baru sampai ke rumah, bapa saudara apakah engkau mahu bermain sebentar dengan saya?”
Dia memandang dengan mata yang besar dan terang tetapi tidak melihat apa-apa, dengan wajah penuh harapan, di bawah tatapan memohon yang tulus, Moore lupa kepada tujuannya, langsung bersetuju. Yang membuat dia sangat hairan adalah anak yang berumur 8 tahun dan buta ini boleh bermain piano dengan lancar, lagu-lagu yang dimainkannya sangat indah dan gembira, walaupun bagi seorang kanak-kanak normal perlu melakukan usaha besar sampai ke peringkat seperti kanak-kanak buta ini, setelah selesai bermain piano anak ini melukis sebuah lukisan yang dapat dirasakan di dalam dunia kanak-kanak buta ini, seperti matahari, bunga, ayah-ibu, teman- teman, dunia anak buta ini rupanya tidak kosong, walaupun lukisannya kelihatannya tunggang langgang, yang bulat dan persegi tidak dapat dibezakan, tetapi dia melukis dengan sangat serius dan tulus.
“Pakcik, apakah matahari seperti ini?” Moore tiba-tiba merasa sangat terharu, lalu dia melukis di telapak tangan kanak-kanak ini beberapa bulatan, “Matahari bentuknya bulat dan terang, dan warnanya keemasan.” “Pakcik, apa warna keemasan itu?” dia mendongakkan wajahnya yang kecil bertanya, Moore terdiam sejenak, lalu membawanya ke tempat terik matahari, “Emas adalah sebuah warna yang sangat cantik, boleh membuat orang merasa hangat, sama seperti kita memakan roti yang boleh memberi kita kekuatan.” Anak buta ini dengan gembira dengan tangannya meraba ke empat penjuru, “Pakcik, saya sudah merasakan, sangat hangat , dia pasti akan sama dengan warna senyuman bapa saudara. ” Moore dengan penuh sabar menjelaskan kepadanya pelbagai warna dan bentuk barang, dia sengaja menggambarkan dengan hidup, sehingga anak yang penuh imaginatif ini mudah memahami.
Anak buta ini mendengar ceritanya dengan sangat serius, walaupun dia buta, tetapi rasa sentuh dan pendengaran kanak-kanak ini lebih tajam dan kuat daripada anak normal, tanpa terasa waktu berlalu dengan cepat. Akhirnya, Moore teringat tujuan kedatangannya, tetapi Moore tidak mungkin lagi merompak. Hanya kerana kecaman dan ejekan dari masyarakat dia akan melakukan kejahatan lagi, berdiri di hadapan Kay dia merasa sangat malu, lalu dia menulis sebuah nota untuk orang tua Kay, “Tuan dan puan yang terhormat, maafkan saya mencungkil pintu rumah kamu, kamu adalah orang tua yang hebat, dapat mendidik anak yang demikian baik, walaupun matanya buta, tetapi hatinya sangat terang, dia mengajarkan kepada saya banyak hal, dan membuka pintu hati saya. ” Tiga tahun kemudian, Moore menyelesaikan kuliahnya di universiti perubatan, dan memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor.
Enam tahun kemudian, dia dan rakan-rakannya mengoperasi mata Kay, sehingga Kay boleh melihat keindahan dunia ini, kemudian Kay menjadi seorang pemain piano terkenal, yang mengadakan konsert ke seluruh dunia, setiap mengadakan konsert, Moore akan berusaha menghadirinya, duduk di sebuah sudut yang tidak ketara, mendengar muzik indah menyirami jiwanya yang dimainkan oleh seorang pemain piano yang dulunya buta. Ketika Moore mengalami kekecewaan terhadap dunia dan kehidupannya, semangat dan kehangatan Kay kecil yang buta ini yang memberikan kehangatan dan kepercayaan diri kepadanya, Kay kecil yang tinggal di dalam dunia yang gelap, sama sekali tidak pernah putus asa dan mensia-siakan hidupnya, dia membuat orang menyedari betapa besar vitalitas dalam hidup ini, vitalitas dan semangat ini menyentuh ke dasar hati Moore.
Cinta dan harapan akan dapat membuat seseorang kehilangan niat melakukan kejahatan, sedikit harapan mungkin boleh menyembuhkan seorang yang putus asa, atau bahkan boleh mengubah nasib kehidupan seseorang atau kehidupan ramai orang, seperti Moore yang telah membantu ramai orang, ketika mengalami putus asa maka bukalah pintu hatimu, maka cahaya harapan akan menyinari hatimu.

Catat Ulasan