KONTROVERSI - Anuar Zain Akui Buat Reshaping Wajah


PUTRAJAYA, 17 NOV 2011: Tanpa berselindung disebalik ketampanan wajah yang dimilikinya, figura yang bernama Sharul Anuar Zain atau Anuar Zain, 41, mengakui telah membuat rawatan wajah pada mukanya.
Namun, penyanyi lagu Sedetik Lebih itu menafikan membuat pembedahan plastik atau mengambil suntikan botox bagi mengekalkan kekacakan itu.
"Saya seorang yang kurang bersenam. Namun, saya menjaga pemakanan. Dari dulu lagi, saya jaga berat badan saya. Saya kurang makan nasi dan banyak makan lauk serta sayur-sayuran. Selain itu, saya juga banyak mengambil makanan tambahan seperti omega kerana omega baik untuk kulit.
"Sekarang ini pula, saya sedang mencuba makanan berunsurkan herba. Terus-terang, saya tidak ada buat suntikan botok mahupun membuat pembedahan plastik pada wajah saya. Tapi saya akui ada membuat rawatan reshaping wajah.
"Sebenarnya, saya baru saja membuat rawatan tersebut. Rawatan ini dibuat di dalam negara saja. Kosnya pula terpulang kepada tempat," jelas Anuar Zain yang ditemui pada majlis makan malam bersama APA (Artis Pencinta Alam) dan Sultan Perak di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Anuar Zain yang semakin selesa dengan pengurus barunya iaitu Daniel memberitahu, tidak tetap akan menyanyi untuk separuh akhir Muzik-Muzik 25 bagi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim.
"Saya memang tidak akan menyanyi untuk separuh akhir Muzik-Muzik 25. Kerana awal-awal lagi, saya pun sudahpun memaklumkan hal ini pada pihak komposer. Mereka sudahpun mengatakan itu bukanlah satu masalah.
"Saya tidak suka memasuki pertandingan kerana saya merasakan sudah cukup untuk saya menyertai pertandingan seumpama ini.
"Sebenarnya ada ramai penyanyi yang bagus boleh menyanyikan lagu ini. Malah saya tak hairan ada diantara mereka yang boleh menyanyikan lagu Sedetik Lebih dengan baik sekali. Tambahan pula ianya sebuah lagu yang ringkas.
"Walaubagaimanapun, janganlah mengharap penyanyi yang menggantikan tempat saya itu akan menyanyi sama seperti saya," katanya jujur.
Menjelaskan tentang status pengurus lamanya iaitu Rohila, Anuar Zain memberi tahu bekas pengurusnya itu bukannya direhatkan sebaliknya masing-masing mengambil keputusan untuk memilih angin baru dalam hidup.
"Alhamdulillah, saya masih lagi stabil dengan pengurus saya yang baru. Baru saja sebulan dia bersama dengan saya. Pengurus lama bukan direhatkan tetapi sudah tidak bekerja dengan saya. Apabila sudah lama dengan sesuatu perkara, kita perlukan sesuatu yang baru dalam kehidupan.
"Mungkin rezeki dia dengan saya setakat ini saja. Masing-masing mendoakan kebaikan masing-masing. Kalau sayang sangat dengan benda lama tetapi tidak membuahkan hasil atau duit tiada gunanya juga. Namun, saya bukanlah berkata seperti itu kerana saya seorang materialistik.


"Pengurus baru saya, Daniel seorang yang bagus dan dia seorang cepat belajar. Ini pertama kali dia menjadi pengurus artis. Sebelum ini pun ada tiga wanita yang pernah menjadi pengurus saya. Sekarang saya nak cuba pengurus lelaki dan masih terlalu awal untuk saya mengkritik kebolehan Daniel dalam bab pengurusan saya," jelasnya.

Catat Ulasan