Kurang Ajar! Israel Robohkan Masjid!

masjid roboh israel Kurang Ajar! Israel Robohkan Masjid!
Israel semakin kurang ajar!Di baitulmaqdis, pertempuran berlaku di bandar Rahat selepas polis Israel memusnahkan sebuah masjid yang dibina secara haram.
Beberapa penduduk tempatan dan ribuan polis Israel berkumpul di Masjid bagi membuat sekatan terhadap penduduk Islam dari memasuki kawasan runtuhan.
Pertempuran berlaku apabila penduduk-penduduk Islam mendapat tahu tentang masjid yang hendak dirobohkan dan cuba menghalang aktiviti berkenaan.
Dah la polis Israel lepaskan gas pemedih mata, lepas tu boleh pulak diorang tangkap orang yang sedang berjemaah tarik bawak keluar dari masjid sampai lah operasi meroboh selesai.
Alasan untuk merobohkan masjid tersebut adalah kerana sebuah mahkamah tempatan mengeluarkan warab mengatakan masjid tersebut dibina tanpa permit. Padahal, masjid itu dibina bagi memerangi masalah dadah dan penyeludupan serta jenayah.
Tapi pihak Israel beranggapan bahawa masjid tersebut menjadi markas aktiviti terbabit. Perbuatan pihak Israel ni semakin lama semakin melampau. Sampai rumah suci orang Islam pun dia berani robohkan.
Tak mustahil satu hari nanti, Masjidil Aqsa, diorang akan robohkan dengan bagi alasan yang tak munasabah. Sampai bila kita nak tengok sitausi begini.
Keliling Israel semua negara Arab yang majoriti beragama Islam. Tapi diorang pun tak mampu nak buat apa-apa. Dunia akhir zaman.

Sumber : beritasemasa.com

Catat Ulasan