Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3-21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?

proton persona r 7 Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
Makin hari, makin banyak gambar spyshots Proton Persona R (P3-21A) didedahkan di Internet. Merujuk gambar dalam berita ini, model terbaru Proton ini iaitu Proton Persona R lebih sporty berbanding spyshot yang dikesan sebelum ini. Gambar spyshot tersebut ditangkap sekitar Sungkai-Slim waktu petang dengan kelajuan 130km-140km/j. Lagi beberapa gambar spyshots Proton Persona R di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti semasa pihak Proton melakukan ujian.
Makin lama kami lihat pelekat hitam yang digunakan untuk menutup rekabentuk luaran Proton Persona R makin hilang sedikit sebanyak dah mula kelihatan beberapa bahagian pada model ini. Kalau dilihat daripada luarannya, saiz Proton Persona R agak besar jika dilihat daripada tempat duduk belakangnya.
proton persona r Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
proton persona r 21 Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
Pada bahagian belakangnya, lampu masih lagi ditutup dengan pelekat. Entah bagaimana rupanya nanti apabila dilancarkan kelak. Agak sukar juga nak menjangkakan rekaan sebenarnya. Tetapi……kami haraplah sangat agar semua nanti akan menggunakan LED termasuklah lampur signal dan undur.
Kemudian kalau anda perasaan di bahagian side mirror adalah komponen bawa kehadapan atau carry over parts dari Persona dan Saga, berbeza dari model konsep yang mempunyai side mirror pasangan panel pintu. Kami sendiri menyuka iside mirror berkonsep Tuah. Side mirror yang boleh lipat atau electric retractable side mirror juga boleh menambah ciri mewah dan upmarket pada Proton Persona R. Tetapi….. kalau dah side mirror ini adalah final produk, nampak gaya kena tunggu lagi untuk Proton keluarkan model yang mempunyai side mirror seperti itu.
Gambar spyshot di bawah ini pula ketika Proton Persona R 2012 berada di sekitar Genting Highlands.
proton persona r 8 Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
proton persona r 9 Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
Selain itu, diharapkan Proton Persona R ini nanti akan mengambil kira beberapa aspek termasuklah :
  • Pemanduan ergonomik dan mesra pengguna.
  • Berkenaan enjin, yang pastinya Proton Persona R akan menggunakan enjin 1.6liter Campro CFE turbocharged dengan VVT dipadankan dengan kotak gear CVT yang juga enjin ini adalah yang terakhir dalam keluarga Campro. Tetapi…..ada tetapinya, kami berharaplah Proton dapatlah kiranya menggunakan enjin Campro VVT  ini untuk semua variannya dengan varian paling atas menggunakan enjin turbocharged.
proton persona r 10 Lagi Gambar Spyshot Proton Persona R (P3 21A) Didedahkan!! Apa Pandangan Anda?
Mungkin selepas ini akan lebih banyak pelekat yang akan ditanggalkan satu demi satu sebelum pengeluaran besar-besaran selepas ini. Harapan kami Proton buatlah sehabis baik kepada peminat setia Proton yang tak sudah-sudah berikan sokongan padu kepada Proton. Jangan sia-siakan penantian dan harapan mereka.
Semua di atas adalah harapan kami, samada ianya akan menjadi realiti atau angan-angan semata-mata hanya Proton yang mampu merealisasikan untuk model Proton Persona R 2012 ini sebelum dikeluarkan secara besar-besaran kelak. Ada yang kata Proton Persona R akan dilancarkan awal tahun 2012, ada pula yang kata mungkin pertengahan.
P/S : Ada hajat nak sambar model ini? Apa pula yang anda harapkan untuk modelProton Persona R 2012 ini?

Catat Ulasan