Lawak, ada pertandingan hidung paling besar didunia


LANGENBRUCK – Sebuah bandaraya di Jerman telah menganjurkan sebuah pertandingan yang cukup unik iaitu kejuaraan hidung terbesar di dunia. Pertandingan itu akan berlangsung pada setiap bulan Jun setiap tahun.

Pertandingan ini sengaja diadakan dengan tujuan mencari wajah bakat-bakat baru dengan hidung bersaiz “gergasi”.

"Kami menilai dari sudut panjang dan lebar dan kami sedang mencari “peserta baru” tahun hadapan kerana kami tidak hanya ingin mahu melihat wajah-wajah lama yang serupa lagi,” kata salah seorang panitia penyelenggaraan pertandingan itu sepertimana diberitakan Orange.

"Pasti ada orang di luar sana mempunyai bakat baru dengan hidung bersaiz gergasi. Kita belum pernah melihatnya dan ingin menemukannya, "tambahnya lagi.

Juara dunia kategori lelaki yang mempunyai hidung terpanjang dimenangi oleh Josef Dewold tahun ini. Dia memiliki panjang hidung sehingga hampir lima inci. Dia mengalahkan seorang juara kategori wanita dengan hidung terpanjang yang memeliki panjang hidung melebihi empat inci.

Catat Ulasan