Lelaki Ini Dihukum Gantung Kerana Merogol 116 Wanita




BEIJING – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati akhir tahun lalu kerana merogol lebih 100 wanita dalam tempoh 16 tahun.
Dai Qingcheng, 46, dijatuhkan hukuman mati pada Disember lalu selepas didapati bersalah merogol 116 wanita antara 1993 dan 2009 di wilayah Anhui, timur China.
Qingcheng didakwa menjadikan isteri-isteri pekerja asing yang bekerja di bandar itu termasuk seorang wanita hamil enam bulan sebagai mangsanya.
Lelaki itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Anhui, semalam, bagi meminta hukumannya diringankan tetapi tarikh perbicaraan seterusnya masih belum diketahui.
SUMBER : BORAKOSONG

Catat Ulasan