Lelaki Rusia Jadikan 26 Mayat Sebagai Koleksi

Rusia, Aduhai Media – Anatoly Moskvina bukan sahaja seorang genius yang menguasai 13 bahasa dan mempunyai pengetahuan lebih mengenai sejarah, baru-baru ini diketahu bahawa lelaki itu juga punya koleksi boneka mengerikan yang dibuat daripada 26 mayat wanita yang diambil terus dari kubur mereka.
Penemuan ini berlaku ketika ibu bapa Moskvina melawat pangsapuri kecilnya di bandar Nizhny Novgorod di daerah Rusia bahagian barat.
Setelah polis datang melawat tempat tinggalnya, mereka mendapati lelaki berumur 45 tahun itu menyimpan sebanyak 26 mayat wanita berumur antara 15 hingga 26 tahun.
Seperti yang dilaporkan oleh Life News, Moskvina telah melawat beratus-ratus kubur pada waktu malam dan menggali mayat di dalamnya. Dia kemudiannya menyimpan mayat tersebut ke dalam beg plastik dan membawa pulang ke apartmennya. Setelah sampai di rumah, Moskvina kemudian menghiaskan mayat tersebut dengan pakaian seperti boneka.
Menurut BNO News, Moskvina telah menceroboh lebih daripada 750 perkuburan. Lelaki itu dipercayai pernah tidur di dalam keranda. Pada suatu malam, dia kelihatan pernah di lihat tertidur di atas kerusi di kawasan perkuburan.

Moskvina adalah seorang ahli sejarah dan wartawan. Jirannya memberitahu lelaki tersebut merupakan seorang genius yang menguasai 13 bahasa dan mempunyai pengetahuan tentang sejarah. Dia juga memanfaatkan pengetahuannya itu untuk mengajar di sebuah muzium tempatan. Polis sempat menahan Moskvina namun kemudian melepaskannya kembali.

Catat Ulasan