Lelaki Rusia langgan pelacur bukan kerana seks

Semakin ramai lelaki Rusia melanggan pelacur bukan kerana seks tetapi mahu meluahkan perasaan berhubung krisis ekonomi.

Seorang pelacur, Adriana yang berumur 30-an berkata, peranannya kini semakin meluas iaitu menjadi tempat pelanggannya mengadu nasib mereka."Mereka (pelanggan-pelanggan) mengadu berhubung masalah yang dihadapi mereka dan kini ramai yang datang bukan kerana seks," katanya.Dia mendedahkan seorang lelaki yang mengalami kemerosotan satu pertiga daripada pendapatannya kepada AS$1,200 (RM4,211) pada setiap bulan telah mengajaknya berbual sambil minum bersama.

Adriana turut mengurangkan bayaran langganan sebanyak AS$15.26 sejam (RM53.56) kepada AS$61.08 (RM214.38) berikutan krisis ekonomi.Seorang lagi pelacur, Olya yang berumur 20-an berkata, pelanggan-pelanggannya berbual berhubung isu pekerjaan."Mereka bimbang akan kehilangan pekerjaan," katanya yang menjadi pelacur bebas di Moscow.Laman web www.x-love.ru turut mempromosikan perkhidmatan melanggan pelacur di Rusia bagi mengurangkan tekanan.

Catat Ulasan