Metro 12 Nov - Adinda Sultan Kelantan saman akhbar kerana cemar nama

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan pencetak akhar tersebut serta dua yang lain.
Tengku Muhammad Fakhry menamakan Malay Mail Sdn. Bhd. dan the New Straits Times Press (M) Bhd. dan Yushaimi Maulud Yahya serta Marhalim Abbas masing–masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
Saman tersebut adalah berhubung artikel Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei tahun lalu yang didakwa mencemarkan nama dan reputasi beliau.
Ayat-ayat yang digunakan dalam artikel tersebut, menurut Tengku Muhammad Fakhry antara lain membawa maksud beliau telah ditahan oleh polis untuk siasatan kes tembakan ke atas Ramli Mohamed. – Utusan

Catat Ulasan