METRO 25 NOV - Maut disengat tebuan

ANAK Ghani, Abd. Hafiz melihat tempat bapanya diserang tebuan tanah hingga mengakibatkan lelaki itu maut di Kampung Pecah Batu, Marang kelmarin.
MARANG – Seorang lelaki sempat menunggang motosikal untuk mandi di rumah selepas disengat berpuluh ekor tebuan tanah yang ‘mengamuk’ apabila sarangnya diganggu sebelum mangsa menemui ajal empat jam kemudian dalam kejadian di Kampung Pecah Batu dekat sini kelmarin.
Ghani Mamat, 58, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hutan Banau disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada pukul 5 petang akibat serangan jantung yang berpunca daripada bisa sengatan itu.

Catat Ulasan