METRO 26 NOV - Suami isteri pemilik makmal dadah dalam rumah

AMPANG – Tindakan seorang penarik kereta yang menjadikan rumah teres dua tingkat yang dihuni bersama isterinya sebagai makmal untuk memproses dadah memakan diri apabila mereka diberkas bersama empat lagi lelaki dalam serbuan di Taman Melur di sini.
Lelaki berusia 45 tahun itu disyaki menjadi pengedar syabu kepada penagih di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.
CONTOH dadah yang dirampas dari sebuah rumah teres di Ampang baru-baru ini.
Difahamkan, jika tidak kerana Ops Tapis yang dilakukan polis di sekitar kawasan Ampang pada 19 November lalu, kegiatan jahat keenam-enam suspek pasti tidak dapat dihidu kerana mereka bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan perwatakan masing-masing selain tidak bergaul dengan masyarakat.
Kosmo

Catat Ulasan