MYMETRO 19 NOV - Detik sukar Kim Swee

GERAM...Kim Swee guna orang perantaraan untuk beri arahan kepada pemain petang ini.
GERAM...Kim Swee guna orang perantaraan untuk beri arahan kepada pemain petang ini.
MISI memburu tempat ke final Sukan Sea Indonesia tambah mencabar buat skuad negara apabila jurulatih Ong Kim Swee tidak dibenarkan berada di tepi padang pada aksi separuh akhir menentang Myanmar di Stadium Gelora Bung Karno, hari ini.
Biarpun mengemukakan rayuan, Kim Swee tetap mengandaikan peluangnya untuk terlepas daripada hukuman penggantungan satu perlawanan itu amat tipis.

“Keputusan rayuan saya hanya akan diketahui esok pagi (hari ini) tapi saya fikir mereka akan menolak rayuan itu,” katanya.


Tambah menyulitkan apabila beliau tidak boleh menggunakan walkie-talkie untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hassan Sazali Waras selepas mendapat bantahan jurulatih Myanmar, Stefen Hansson.

“Saya tidak boleh menggunakan walkie-talkie dan terpaksa menggunakan orang perantaraan untuk menghantar nota arahan kepada Hassan pada perlawanan itu.


“Walaupun tidak ada memberi arahan kepada pemain di tepi padang, ia bukan satu masalah kerana yang mustahak pemain faham situasi esok (hari ini) dan memberi tumpuan kepada strategi yang diterapkan,” katanya.



Kelmarin, Kim Swee terpaksa meraikan kejayaan membenam Indonesia 1-0 untuk muncul juara Kumpulan A di bangku penonton selepas diarah keluar oleh Fahad AL Kassar m-67 kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu itu.

Biarpun Malaysia selaku juara bertahan yang menjuarai Kumpulan A memiliki kelebihan untuk menundukkan naib juara Kumpulan B, Myanmar, beliau tetap menganggap lawannya itu tidak boleh dipandang mudah.


“Saya sudah menonton video permainan Myanmar menentang Timor Leste dan Vietnam. Mereka memiliki pertahanan yang bagus dan beberapa pemain yang pantas,” jelasnya.

Bagaimanapun skuad negara tidak bermasalah untuk menurunkan barisan terbaik kerana semua pemain bebas daripada kecederaan dan penggantungan kecuali Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria mengalami kecederaan hamstring.

Catat Ulasan