Nabila Huda mohon maaf atas isu gambar panasnya !

Penyebaran gambar cium Nabila di internet yang mendapat ramai pemerhati tempatan sudah pon meninggalkan coretan di dinding. Isu ini menjadi perhatian memandangkan Nabila yang baru sahaja bercerai. Ayahnya juga, Amy Search kini sangat-sangat malu dengan perbuatan Nabila. Nabila yang dihubungi portal Gua baru-baru ni menyatakan maafnya kepada semua fan. Dia begitu kesal dan berjanji agar perkara ini tidak akan berulang kembali. Semoga menjadi pengajaran buat diri Nabila dan juga anda diluar sana.


“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. -Gua

Catat Ulasan