Niat Nak Mencuri, Tetapi Dijadikan Hamba Seks

Seorang lelaki Rusia yang berniat untuk mencuri di sebuah salon kecantikan berakhir dengan kisah pelik apabila dia dijadikan sebagai budak seks selama tiga hari selepas berjaya dikalahkan oleh seorang wanita yang tak lain tidak bukan adalah pemilik salon dan juga pemegang tali pinggan hitam dalam karate.

Olga Zajac (28)
Dalam pengakuannya kepada polis, Viktor Jasinski (32) menerangkan, niat awalnya untuk pergi ke salon di Meshchovsk, Russia, adalah untuk mencuri. Namun, perkara lain yang di luar dugaannya. Viktor Jasinski berjaya dikalahkan oleh pemilik salon, Olga Zajac (28), hanya dengan sekali tendangan sahaja.

Dalam keadaan separuh sedar setelah berjaya dikalahkan, Jasinski diseret ke sebuah ruang di belakang salon berkenaan oleh Olga Zajac yang kemudian mengikatnya dengan kabel hair dryer. Viktor Jasinski yang ditahan dengan cara diikatkan dalam keadaan bogel di sebuah radiator selama tiga hari dan juga mengaku tidak diberikan makan, kecuali diberi Viagra sebelum akhirnya dibebaskan.

Rupanya Viktor Jasinski tidak boleh menerima apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebagai budak seks. Viktor Jasinski kemudian melaporkan apa yang dialaminya kepada polis.

Setelah menerima laporan tersebut, polis terus ke salon Olga Zajac. Namun, pihak polis diberitahu sebaliknya.

“Kurang ajar. Ya, kami memang melakukan seks beberapa kali. Tapi saya belikannya beberapa seluar jeans, berikannya makan, dan juga wang 1.000 rubel sebelum dia pergi,” kata Olga zajac.

Kemudian berdasarkan keterangan yang diperolehi polis, Viktor Jasinski dan juga Olga zajac kemudiannya ditahan.

Catat Ulasan