Padah akibat ingin cantik, mata wanita ini tidak boleh tutup

Keberanian Mrilyn Leisz untuk mencantikkan kelopak matanya gagal. Malah, pilihannya untuk melakukan pembedahan kosmetik itu membuatkan kelopak matanya tidak boleh tertutup. Wanita berasal New Jersey, Amerika Syarikat itu terus tidak boleh memejamkan mata sepanjang hari.

Leisz yang begitu mengagungkan kecantikan risau. Dia telah melakukan tindakan saman terhadap doktor yang membedahnya, Paul Parker, seorang pakar pembedahan plastik di Paramus, New Jersey.

Namun, doktor hanya sanggup membayar US$115 ribu. Hanya dua puluh peratus dari nilai samannya. "Mereka tidak merasakan apa yang saya hadapi setiap hari. Saya mengharapkan US$500ribu,“ kata Leisz seperti dilansir ABC News.

Dalam sebuah kenyataan bertulis, Parker menyatakan telah melakukan lebih 10 ribu prosedur pembedahan kosmetik sejak 25 tahun yang lalu. Dan tidak pernah mempunyai masalah sebelumnya.

Parker mengatakan, Leisz memiliki rekod dua kali menjalani perawatan bedah kelopak mata di masa yang lalu. Yang pertama, pembedahan untuk memperbaiki kon bawaan yang dikenali sebagai ptosis, di mana otot tidak cukup kuat untuk menahan kelopak mata.

Yang kedua, pembedahan kosmetik dengan metode blepharoplasty, sebuah pembedahan plastik kelopak mata untuk memberi kesan keremajaan di kawasan sekitar mata. Namun pembedahan ini telah menjadi petanda awal . Matanya tidak lagi boleh berkedip. Kelopaknya tidak mampu untuk tertutup lagi walaupun ketika tidur!.

Pakar bedah Parker mengatakan sebelum menjalani pembedahan, Leisz telah menandatangani surat peringatan dan kesan buruk yang mungkin terjadi. Namun menurutnya, Leisz tidak melihat pada kesan dan peringatan doktor.

Leisz telah melakukan pembedahan sebanyak 45 kali dan menjalani 30 kali rawatan perubatan dalam lima tahun terakhir untuk memulihkan kecacatan matanya. Namun tetap tidak mendapat hasil yang memuaskan. Malah, dia berisiko tinggi terkena glaukoma dan berpotensi buta kerana overexposure matanya.

“Setiap minit saya bangun, saya akan khuatir dengan mata saya. Merah dan kering. Rasanya seperti dicubit. Saya akan mengeluarkan kenyataan di media massa atas perlakuan Parker terhadap saya. Saya akan terus menuntut ganti rugi yang besar.” kata Leisz.

Dr Gary S Brody, profesor dari Unit Pembedahan Plastik Keck School of Medicine, University of Southern California mengatakan, kegagalan pembedahan Leisz masih boleh dibaik pulih. “Mungkin yang terjadi adalah disebabkan kulit terlalu banyak diambil dalam prosedur terakhir. Masih boleh diperbaiki dengan tampalan kulit dari belakang telinga.” kata Brody.

Dr John Millard, Presiden Millard Plastic Surgery Center, Denver merujuk Leisz ke doktor bedah ocuplastic yang khusus pada pembedahan rongga mata, saluran air mata, kelopak mata dan wajah.

Namun semua itu tidak membuatkan Leisz merasa tenang. Trauma terhadap bilik bedah menggunung. Saya tidak memiliki mental dan fizikal cukup kuat untuk kembali menjalani pembedahan.

“Saya seperti tidak ada pilihan lain atau mata saya akan kering seperti kismis,” kata Leisz.

Catat Ulasan