Pelakon Karate Kid, Jaden Smith Jadi Jutawan Pada Usia 12 Tahun

Pada usia 12 tahun, pelakon cilik yang mula melonjak naik namanya iaitu Jaden Smith, anak kepada Will dan Jada Pinkett Smith, sudah menjadi jutawan.

Jaden dilaporkan telah meraih gaji tujuh angka di atas penglibatannya dalam dua filem Karate Kid.

Orang-orang di TMZ berjaya mendapatkan salinan kontrak Smith untuk filem-filem baru-baru ini. Ditandatangani pada bulan Jun 2009 ketika Jaden hanya berumur 10 tahun, kontrak menunjukkan bahawa dia dibayar dua kali ansuran - yang pertama untuk USD$900,000 (RM2, 677, 050) dan USD$100,000 (RM297, 450) - untuk dua filem.

Ini belum lagi termasuk bonus kesemuanya USD$2 juta (hampir RM6 juta) dan juga faedah sampingan kontrak dan royalti.


[Dailychilli]

Catat Ulasan