Polis ambil keterangan penganjur Seksualiti Merdeka

07/11/2011 8:36pm

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi “Seksualiti Merdeka 2011” di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.
Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.
Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.
Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media,” kata Khee Teik. - Bernama

Catat Ulasan