Pramugari ini masih lagi bertugas walaupon sudah menjadi bintang porno

Syarikat penerbangan tambang murah, Ryanair tidak menggantung tugas pramugarinya, Edita Schindlerova yang menjadi bintang lucah.

Perbuatan Edita yang berumur 22 tahun mendedahkan tubuhnya dalam beberapa laman web lucah didedahkan oleh sebuah akhbar di Britain.Dia menggunakan nama Edita Bente dalam laman web itu.Kehidupan Edita yang menjadi bintang lucah menjadikannya terkenal tetapi syarikat penerbangan itu tidak berhasrat untuk menamatkan kontrak pramugari tersebut.

"Apa yang dilakukan sebelum dan selepas mereka bekerja adalah urusan peribadi masing-masing," kata jurucakap syarikat penerbangan Ryanair.Seorang rakan Edita turut berasa terkejut tetapi memberikan sokongan kepadanya."Kami tidak mempunyai idea apakah yang dilakukannya pada waktu terluang," katanya.

Dalam imej yang disiarkan di laman web lucah itu, dia melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki misteri.Edita pernah mengaku kepada rakan-rakannya berhubung perbuatan nakal itu.Dia mendedahkan rahsia kepada rakan-rakan dengan berkata: "Saya melakukan (hubungan seks) itu setahun lalu."

Catat Ulasan