Safee Sali Tumpang Gembira Kejayaan Emas

JAKARTA – Penyerang pasukan senior negara (Harimau Malaya), Safee Sali bersyukur di atas kejayaan pasukan bawah 23 tahun Sukan Sea negara yang berjaya membawa pulang pingat emas.
“Saya seronok melihat kedua pasukan masuk ke perlawanan akhir, saya bersyukur alhamdulillah Malaysia menang kerana mampu mempertahankan gelaran juara dua kali berturut-turut,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com.
Safee bersama pengurusnya, Zakaria Rahim menyaksikan pertandingan akhir di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.
Dalam perlawanan akhir malam tadi, Indonesia mendahalui seawal minit ke-empat tetapi kedudukan disaman pemain malaysia 30 minit selepas itu.
Perlawanan berlanjutkan sehingga ke masa tambahan dan seterusnya hingga ke sepakan penalti.
“Kedua bermain dengan baik sampai babak penalti, secara permainan kedua pasukan tampil baik,” katanya.
Dalam pada itu, Jurulatih Bawah 23 Indonesia, Rahmad Darmawan mengakui pasukan Malaysia lebih bersedia untuk mengambil sepakan penalti berbanding pasukan negaranya.
“Sementara ada beberapa pemain kita yang tidak siap. Makanya, beberapa dari mereka terpaksa saya dorong untuk mengambil eksekusi (sepakan) penalti,” lanjutnya.
sumber: mynewshub.my

Catat Ulasan