Selepas 19 jam rawatan rambut, gadis ini kelihatan seperti Albert Einstin

Charlotte Jones, 27, menghabiskan 11 jam di sebuah salon di Nottingham. Ia menjalani lima jenis perawatan rambut. Termasuk mewarnakan rambutnya yang semulajadi berwarna coklat atau brunette.

Setelah membayar bayaran rawatan berharga GBP60 atau sekitar RM290, Charlotte kembali menatap cermin. Dia sama sekali tidak merasa cantik dengan penampilan barunya. Rambutnya perang bak guni. Sangat keras ketika disentuh. Kulit kepalanya pula terasa panas seperti terbakar. Dia terasa dirinya kelihatan seperti orang-orang di sawah.

Charlotte kecewa melihat penampilannya di cermin. Akibat kehilangan kepercayaan terhadap diri, dia terpaksa menutup kepalanya dengan topi selama hampir tiga bulan. Sementara itu, rambutnya mengalami keguguran yang teruk. Satu-satunya cara menyelamatnya penampilannya adalah dengan mencukur habis rambutnya menjadi botak

Dia segera membuat tuntutan terhadap pemilik salon "28 for Girls and Boys" atas tuduhan merosakkan aset utama dirinya. Setelah melalui perbcaraan mahkamah yang lama, dia memenangi kes tersebut dengan ganti rugi bernilai GBP5250 atau sekitar RM25,700.

Charlotte, pegawai pentadbiran di Nottingham Trent University, memutuskan memerangkan rambutnya setelah putus cinta dalam percintaan yang telah berlangsung selama sembilan tahun. “Setelah putus, saya merasa perlu tampil berbeza. Sebelum ini saya tidak pernah mewarnakan rambut saya,” ujarnya.

Albert Einstin

Pengurus salon tersebut meminta maaf atas hasil rawatan rambut yang mengecewakan. Dia mengakui bahawa yang melakukan rawatan saat itu adalah pelajar praktikal. “Awalnya, warna rambut saya nampak seperti warna kulit yang pucat lalu pekerja salon itu melakukan sesi mewarnakan rambut sehingga empat kali,” ujarnya.

Charlotte yang tinggal di Toton, Nottingham bersama ibunya Ann, 57 tahun dan adik Elizabeth, 18 tahun telah berjaya keluar dari rasa malu. Setelah botak seketika, rambutnya kini sudah panjang kembali secara normal. Dia bertekad tidak akan mencuba untuk mewarnakan rambutnya lagi.

Catat Ulasan