Semut Bersarang Di Dalam Telinga Gadis

korean semut Semut Bersarang Di Dalam Telinga Gadis
Seorang gadis daripada Taiwan yang berusia 16 tahun tidak mampu lagi menahan sakit di bahagian dalam telinganya sehingga terpaksa untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui masalah di telinganya yang merah dan bengkak.
Menurut laman web mirror.co.uk, gadis tersebut terperanjat setelah melihat hasil pemeriksaan tersebut dan tidak menyangka apabila terdapat puluhan semut yang masih hidup bersarang di bahagian dalam telinganya.
Dr Hung Yuan-Tsung, Ketua Bahagian Otolaryngology Hospital Bandaraya Taipei memberitahu, mereka telah menemui lebih 20 semut hidup di bahagian dalam telinga kanannya. Semut tersebut juga muncul dari telinga dalam bahagian kiri.
Doktor mengatakan bahawa jangkitan yang menyerang telinganya terjadi akibat kehidupan semut yang telah bersarang di dalam telinganya itu. Namun gadis tersebut bernasib baik kerana jangkitan tersebut masih lagi belum sempat menyerang gendang telinganya. Hasil tindakkan pantas doktor tersebut telah dapat menyelamatkan pendengaran gadis tersebut.
Semut-semut itu diberitahu berasal dari makanan ringan kegemarannya. Kebetulan, gadis tersebut sangat gemar memakan makanan manis di atas katilnya. Walau pernah lihat makanan yang dimakannya menjadi sasaran semut, tetapi tidak pernah terfikir yang semut-semut itu akan merayap dan bersarang di telinganya.
*p/s: amalkan kebersihan selalu kerana kebersihan sebahagian daripada iman

Catat Ulasan