SENSASI - Gambar perkahwinan Hattan dan Farah pada 11.11.11

Setelah menduda hampir enam tahun, akhirnya penyanyi Hattan selamat bernikah dengan pasangannya yang dikenali sebagai Farah pada 11.11.11.
Majlis yang diadakan secara tertutup tetapi meriah dihadiri hampir 100 keluarga terdekat dan sahabat handai penyanyi berkenaan. Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah itu selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Selamat Pengantin Baru kepada Hattan dan Farah =)






kredit to cthoney.blogspot

Catat Ulasan