SENSASI - Rozita, Ayu Raudhah & Rubytah buka butik tudung

Lagi artis membuka perniagaan. Nampaknya 3 anak perempuan Abu Bakar@Che Wan ini bersatu hati membuka sebuah butik tudung di USJ, Subang Jaya. Tahniah kami ucapkan kepada 3R ini – Rozita Che Wan dan adik-adiknya Raudhah (Ayu Raudah) dan Rubytah, iaitu isteri kepada pelawak Lan Pet Pet. Idea datang daripada adiknya, Rubytah yang merupakan bekas penuntut fesyen di sebuah kolej swasta.
Kata orang, baguslah bersedia sebelum populariti jatuh menjunam. Tidak hanya mengharapkan sinar dari dunia glamour sahaja. Sekaranglah tepat pada masanya mengambil peluang dari populariti mereka lebih-lebih lagi Cik Ta dan Ayu Raudah.

100 rekaan telah pun disiapkan dan butik ini bakal dilancarkan pada sekitar Disember yang dinamakan, Padusi. Padusi membawa maksud Wanita yang lembut dalam bahasa Minang. Rekaan tudung itu mendapat tempat di hati wanita kita yang perlukan gaya yang sesuai mengikut majlis makan malam, ke pejabat atau untuk bersantai.
Walaupun perniagaan tersebut belum di rasmikan, dia sudah mendapat banyak tempahan secara online. Lebih menarik lagi, Cik Ta sendiri yang mereka tudung-tudung itu dan dijahit oleh tudung mereka sendiri dan dijual dengan harga dari RM79 ke atas.
Wah, cukup bagus! Mesti meletup-letup butik ni nanti. Maklumlah keluarga mereka ini memang terkenal dengan para jelitawannya termasuk ibu kepada mereka. Lagipun, perniagaan yang berlandaskan islam ni, besar pahalanya. Tetapi biarlah tudung yang menepati syariat walaupun dimodenkan. Paling penting, penjual kenalah pakai dulu. Baru comel dan boleh jadi model dan idola kepada perniagaan sendiri.

Catat Ulasan