SENSASI - Tiz cerewet pilih watak

MERIAH...ingatan kelab peminatnya  membuatkan Tiz terharu dan rasa dihargai.
MERIAH...ingatan kelab peminatnya membuatkan Tiz terharu dan rasa dihargai.
ULANGTAHUN kelahirannya yang ke-23 sudah berlalu pada 25 Oktober lalu. Namun, disebabkan aktiviti lakonan yang padat, Tiz Zaqyah terpaksa melupakan seketika majlis keraiannya. Jika adapun mungkin hanya sekadar meraikan dengan insan tersayang ataupun bersama keluarga.
Bagaimanapun, pelakon pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini
beruntung kerana penyokongnya dari Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) tidak pernah melupakan dirinya. Mereka sentiasa mencari tarikh yang sesuai untuk meraikan artis pujaan yang mula diminati menerusi siri drama Nur Kasih ini.

   
  • FotoBERCINTA...Tiz dan Remy ketika memenangi anugerah dalam Anugerah Skrin di PWTC baru-baru ini.
  • FotoMALU...Tiz tidak senang duduk apabila diusik oleh peminatnya dan Fafau.
  • FotoADA SUARA....ramai yang terpegun mendengar Tiz menyampaikan lagu Mengapa.
  • FotoSALING TERPESONA...Tiz bersama Fafau.

Biarpun terpaksa bergelut dengan masa, tarikh yang sesuai dicari dan akhirnya satu ketetapan dibuat bagi meraikan pelakon yang kembali menjentik naluri peminat menerusi siri Soffiya yang melabuhkan tirai baru-baru ini. Akhirnya Sabtu lalu, dia diraikan oleh 30 peminat dalam majlis dinamakan Tiz Purple Belated Birthday Bash.


Hadir dengan penampilan yang ringkas, ketibaan Tiz dalam majlis yang diadakan
di sebuah pusat karaoke di USJ 19 itu disambut dengan reaksi gembira ahli kelab peminatnya. Mereka sudah tidak sabar menanti untuk berjumpanya serta mengambil bahagian dalam acara yang sudah disediakan.


Membiarkan seketika Tiz mengisi perut dengan makanan enak disajikan, acara permainan bermula selepas itu antaranya menari berpasangan diatas kertas yang turut membabitkan dia. Pelbagai keletah lucu dan menarik dapat disaksikan sekali gus menunjukkan tiada jurang antara Tiz dengan peminat.

Tidak sah, jika orang yang diraikan tidak diduga. Suara ramai meminta Tiz menyanyi. Awalnya dia malu-malu. Namun disebabkan desakan makin kuat, dia akhirnya me�ngalah dan ‘sporting’ apabila menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian Agnes Monica bersama peminat.

Mungkin kerana tidak puas, Tiz akhirnya ‘pecah lubang’ yang dia sebenarnya suka menyanyi apabila memilih lagu kegemarannya, Me�ngapa nyanyian Nicky Astria.
Semua yang hadir bersetuju dia mempunyai suara yang bagus dan mampu popular sekiranya menghasilkan album atau single.

Pelbagai aktiviti dijalankan dan tibalah saat untuk memotong kek. Tanpa disedari oleh Tiz, pembawa kek itu ialah penyampai Hot FM, Fara Fauzana atau Fafau. Secara berterus terang, Fafau mengakui sangat meminati Tiz dan gembira apabila dijemput hadir ke majlis ini.

Bahkan, mereka sempat juga berduet menyampaikan lagu Madah Berhelah nya�nyian penyanyi pujaan Fafau, Ziana Zain serta bergabung beramai-ramai menyanyikan lagu Di Akhir Garisan.

Ditemui selepas itu, Tiz mengucapkan terima kasih dengan kejutan daripada Fafau. Biarpun tidak kenal rapat dengan Fafau, dia mengagumi kepetahan Fafau sebagai penyampai radio. Dia juga memberitahu perasaannya begitu terharu apabila diraikan oleh peminat yang sentiasa teguh di belakangnya saat jatuh dan bangun.

“Dah lama kami tak berjumpa dan berkumpul dalam suasana santai begini. Jadi, apabila mereka beritahu nak adakan majlis ini saya sangat teruja dan sanggup berikan komitmen. Saya berterima kasih buat presiden TZRFC, Kim dan naib presidennya Lynda kerana bertungkus lumus menganjurkan majlis ini. Terima kasih buat mereka kerana tak jemu menyokong karier saya sejak dulu sehing�galah sekarang.

“Mereka (ahli TZRFC) juga tak mudah percayakan cerita tak elok mengenai saya dan lebih suka mendapatkan terus kenyataan sebenar daripada mulut saya. Kalau sesetengah pihak sengaja nak jatuhkan saya dengan cerita tak betul, mereka pasti akan pertahankan saya. Terima kasih buat semua,” katanya.

Beralih kepada kariernya, Tiz memberitahu rezekinya semakin murah dengan tawaran yang tidak henti-henti datang. Terbaru, dia baru saja habis penggambaran telemovie berjudul Pencari Jalan Lurus arahan Ismail Yaakob untuk TV Alhijrah.

“Pelakon lain yang berlakon ialah Beto Kusyairy, Ramona Zam Zam, Daniel Naim dan Mak Engku. Selepas ini saya akan terbabit dengan telemovie untuk Hari Aids Sedunia arahan Joeza Rasidi. Buat masa ini saya mahu berehat sekejap daripada berlakon drama bersiri kerana sangat penat.

“Bayangkan untuk Soffiya saja penggambarannya ambil masa selama dua bulan setengah. Ada tawaran yang datang tapi saya masih pertimbangkan lagi. Sebenarnya saya tak nak drama lakonan saya terpaksa bersaing sesama sendiri apabila ditayangkan serentak di stesen TV. Kalau secara kebetulan tak mengapalah.

“Tak dinafikan saya memang cerewet juga pilih watak. Jadi sementara menunggu yang sesuai, saya nak berehat sehingga hujung tahun ini. Tahun depan barulah saya ambil tawaran berlakon untuk drama bersiri,” kata Tiz.

Dalam masa sama, Tiz mengakui lakonannya dalam watak berat sering kali diterima peminat berbanding karakter yang ringan.

“Saya tak kisah ambil watak emosi. Bagaimanapun emosi itu menjadi berbeza kalau watak itu dicorakkan dengan jalan cerita dan skrip berlainan. Peminat sukakan saya dalam drama Nur Kasih dn Soffiya. Namun mereka lihat lakonan saya lain dalam Gemilang.

“Bagaimanapun peminat boleh lihat saya dalam karakter berbeza menerusi
filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios yang akan menemui peminat pada Februari tahun depan. Saya beruntung dapat berlakon filem animasi begini.
Memang sukar berlakon guna imaginasi kerana saya kena bayangkan objek yang sebenarnya kosong,” katanya.

Tidak sah bertemu Tiz tanpa ditanyakan mengenai hubungan percintaannya dengan Remy Ishak. Mengambil jalan selamat, Tiz mengakui mereka berkawan rapat dan lebih senang mengikut arus.

“Saya tak berani nak komen lebih-lebih kerana belum ada perancangan untuk ke gerbang perkahwinan. Jadi, saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dalam hubungan kami,” katanya yang mengakui mereka banyak memberi nasihat dan pandangan masing-masing dalam soal karier.

Ditanya apakah ‘perang dingin’ Remy dengan segelintir pihak media akan turut terkena tempiasnya kepada dia sekali gus menjejaskan publisitinya, Tiz meminta mereka tidak membabitkan dirinya dalam persoalan itu.

“Saya minta jangan dibabitkan nama saya dalam hal peribadi Remy. Jika ada yang berbuat begitu, tandanya mereka tak profesional. Biasalah dalam bekerja kadangkala ada rasa tak selesa. Sama juga seperti berlakon kadangkala kita tak suka dengan mana-mana individu tapi tak payahlah ambil serius,” katanya meminta pengertian.

Catat Ulasan