Seorang guru dipecat kerana menganggotai sebuah kumpulan metal

STUTGART - Bukan tanpa alasan pengetua sekolah memecat seorangguru berusia 29 tahun ini. Guru yang tugas hariannya mengajar filosofi itu adalah vokalis dari sebuah band rock metal yang selalu tampil dengan berlumuran darah dalam aksi konsertnya.

Guru yang berambut botak ini jika di sekolah selalu membincangkan mengenai masalah etika kepada murid-muridnya yang berusia 14 tahun di salah satu sekolah di Stutgart.

Tapi ketika malam hari dia menggelar dirinya dengan gelaran 'Bloodbeast' serta memberi persembahan dengan tubuhnya dilumuri darah haiwan. Penyanyi latarnya pun bertelanjang di dada bersama bandnya yang bernama Debauchery.

"Kami sangat khuatir ketika mendengarkan muziknya dan kami menyedari bahawa dia mengajar anak-anak kami di sekolah," ujar salah seorang ibu bapa kepada pelajar di sekolah itu seperti diberitakan orange.co.uk.

Pengetua sekolah yang terkejut lalu memintanya untuk meletakkan jawatannya. Alasannya kerana penampilan tersebut merupakan bentuk mental yang tidak stabil yang mungkin berbahaya bagai anak-anak.

Dia diminta untuk memilih antara muzik dan kariernya sebagai seorang guru, dia tidak akan boleh mengajar di mana pun kecuali dia keluar dari bandnya.

Tapi Thomas Gurrath nampaknya sudah terlanjur menyukai muzik metal seperti itu, dia pun meletakkan jawatannya sebagai seorang guru.

Catat Ulasan