Tanda-Tanda Kematian

1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan
mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun
datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan
merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang
rungsing. 4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di
antara waktu subuh dan ashar. 9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat
hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang
badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda
yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam
and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka
akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin
itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat
maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun
berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata
ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali
kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah
S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat : 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat.” Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam

Catat Ulasan