Salam, hari tu masa balik kampung untuk menyambut raya qurban, besoknya saya dan Mak Mertua tercinta buat projek Kuih Karipap Kentang sebelum kami balik ke Klang, layan jom
Doh ni Mak Mertua yang buat, saya tengok je dan tolong sikit-sikit, tapi puas hati sangat sebab dapat resepi buat kuih karipap ni depan mata, saya pernag dapat resepi buat kuih karipap dari kawan sepejabat semasa saya berkerja dahulu, tetapi karipap yang jadinya sangat ler keras, baling ke dinding pun tak pecah, suami makan pun tak boleh, keras ya amat hehe, itulah pertama kali dan kali terakhir saya buat kuih karipap.
Saya tolong buat nie je hehehe
Tapi kali ni nak try buat, sebab senang je rupanya, terima kasih mak atas tunjuk ajar yang diberikan, sedap sangat kuih karipap ni, lembut sangat, sedap dimakan.
karipap inti kentang, sedap, lembut, tak pedas sangat, aiman dan haziq suka makan, mak mertua tak abis lagi goreng haziq dah minta nak makan hehehe.
Tang membentuk tepi karipap ni, cantik kan bentuknya?, lebih cantik dari guna yang acuan tu, yang atas tu mak mertua yang bentukkan, saya tak reti, serius tak reti, banyak kali belajar buat tapi tak jadi, malahan karipap tu jadi hodoh sebab saya buat tak secun yang mak mertua buat hehehe.
Okeh dah siap digoreng, bolehlah dimakan
Sebenarnya banyak mak mertua buatkan karipap ni, hari tu otw balik klang kami anak beranak dalam menempuh jalan jem sempat lagi makan karipap yang mak goreng nie, 1 plastik siap dengan bahulu gulung hehehe.
Tak cukup dengan itu, mak bekalkan jugak 1 bekas karipap freez, so balik rumah cuma letakkan kat freezer je, bila-bila masa rasa nak makan goreng je, semalam dah abis kami kerjakan.
Yang nie haziq punya kerja sebab dia Nak Ketupat Tapi Dapat Karipap hehehe.
- Free nanti nak buat karipap, resepi versi my mak mertua tercinta, hope menjadi ^____^
ehsan dari http://yanmieonline.com/
Catat Ulasan