Toilet Bike Neo Motosikal Yang Guna Najis Manusia

 Toilet Bike Neo Motosikal Yang Guna Najis Manusia
Jika kita pandang dasar ke timur iaitu negara Jepun. Pastinya kita akan mengagumi ciptaan teknologi yang terdapat di negara tersebut. Walaupun ciptaan mereka itu pada mulanya tidak boleh diterima akal, akan tetapi kita terpaksa juga menerimanya atas alasan kita melihat bukti ciptaan mereka.
Tidak kecuali, sebuah motosikal yang dinamakan Toilet Bike Neo, ataupun motosikal tandas, telah mencetuskan fenomena terbaru dalam dunia permotoran, dimana najis manusia digunakan sebagai sumber kuasa untuk mengerakkan motosikal tersebut. Pada mulanya berasa kelakar, kerana sisa buangan manusia juga boleh dimanfaat’kan.
Motosikal beroda tiga ini telah dicipta oleh sebuah badan firma yang dikenali sebagai TOTO, di Tokyo, Penciptaan ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun disana. Disamping itu juga motosikal ini dilengkapi tempat duduk mangkuk tandas dan dalam pada masa yang sama ianya boleh memproses najis.

Catat Ulasan