[Video] Pembantu Rumah Indonesia Terima Hukuman Pancung Di Arab Saudi

Seorang pembantu rumah Indonesia menghadapi hukuman pancung di Arab Saudi kerana membunuh majikan yang didakwanya telah cuba untuk merogolnya.

Darsem binti Dawud Tawar mengaku mempertahankan diri dalam satu perbicaraan di atas insiden serangan yang menyebabkan kematian majikannya yang berbangsa Yaman.

Para penyokongnya kini dikatakan sangat terdesak untuk mengumpul wang sebanyak setengah juta dollar sebagai wang tebusan untuk menyelamatkan wanita Indonesia itu.



Para penyokongnya melakukan kempen dengan memohon derma daripada orang ramai melalui TV, dan laman sosial seperti Facebook. Darseem telah didapati bersalah di mahkamah Riyadh pada bulan May 2009.

Jurucakap Menteri Luar Indonesia, Kusuma Habir berkata, keluarga majikan yang telah dibunuhnya telah bersetuju untuk memaafkan wanita terbabit sekiranya beliau membayar wang sebanyak 530,000 dollars wang tebusanjuga dikenali di Arab Saudi sebagai 'diyat' pada bulan Julai.

Beliau menambah bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan 265, 000 dollar, melalui iklan-iklan kempen yang disiarkan di laman sosial, TV serta rayuan yang dibuat oleh pegawai-pegawai tempatan Indonesia. Kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi telah berulang kali memberi amaran dan memberi kesedaran tentang penderaan pembantu rumah yang kebanyakkan mereka merupakan warganegara asing di Arab Saudi.

Sebilangan besar pembantu rumah mendakwa telah didera oleh majikan mereka. Lebih-lebih lagi pembantu perempuan yang lebih cenderung terhadap kekejaman fizikal dan perbuatan rogol. Namun begitu masih ramai warga indonesia yang berlepas ke negara padang pasir itu setiap tahun memandangkan kerja dan gaji yang diperolehi sangat berbaloi berbanding di negara tanah air mereka.

Video :

Catat Ulasan