Wajah Terbaru Kanak-Kanak Somalia Yang Tembam Sebelum Ini Seperti Rangka Hidup

Dadaab, Kenya – Minhaj Gedi Farah adalah kanak-kanak perempuan yang begitu kurus kering kerana wabak kelaparan di Somalia. Ibunya berjuang berjalan kaki selama seminggu demi boleh menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut. Setelah dirawat secara intensif oleh badan amal selama 3 bulan, Minhaj kini kelihatan segar, berisi dengan pipinya yang tembam.
Minhaj Gedi Farah Wajah Terbaru Kanak Kanak Somalia Yang Sebelum Ini Seperti Rangka Hidup
Saat pertama kali dibawa ibunya ke sebuah hospital di bandar Dadaab, Kenya pada Julai 2011, badan Minhaj Gedi Farah betul-betul kurus. Matanya terbeliak, mukanya amat tirus dan cengkung, kepalanya besar tapi tubuhnya amat kecil dengan tulang-tulang yang menonjol.
Seperti diberitakan sebelumnya, semasa berusia 7 bulan Minhaj Gedi Farah hanya mempunyai berat 7 pound atau sekitar 3.17 kg. Matanya seolah-oleh terkeluar dan kelihatan besar berbanding kelebaran wajah dan saiz tubuhnya yang keseluruhan kurus kering seolah rangka hidup.
Minhaj Gedi Farah 2 Wajah Terbaru Kanak Kanak Somalia Yang Sebelum Ini Seperti Rangka Hidup
(Gambar: Minhaj pada Julai 2011)
Perjuangan ibunya, Asiah Dagane membawanya begitu jauh dari Kismayo, sebuah wilayah di Somalia yang jaraknya harus ditempuhi dengan berjalan kaki selama seminggu akhirnya berhasil. Asiah rela melakukannya demi menyelamatkan buah hatinya dari bencana kelaparan yang membuatkannya tenat kerana kekurang gizi. Peluang Minhaj untuk bertahan hidup pada masa itu dikatakan hanya tinggal 50 peratus, itu pun dengan syarat berat badannya harus naik 3 kali ganda daripada sekarang.
Minhaj didiagnosis dengan anemia dan kekurangan gizi pada tahap yang begitu parah. Dia memerlukan pemindahan darah serta harus menjalani rawatan untuk tuberkulosis (TB). Namun International Rescue Committee (IRC) telah berjaya membawa kanak-kanak Somalia kurus ini keluar dari jurang’ kematian. Selama 3 bulan dia telah diberi makan secara intensif sehingga kini berat badan sudah naik dan kelihatan gemuk.
Minhaj Gedi Farah 3 Wajah Terbaru Kanak Kanak Somalia Yang Sebelum Ini Seperti Rangka Hidup
(Gambar: Minhaj pada Ogos 2011)
Sekurang-kurangnya 3 bulan selepas Minhaj dirakamkan di kem pelarian Dadaab, kini dia kelihatan mempunyai pipi yang gemuk dan senyuman ceria anak gadis semasa menyambut ulang tahun pertamanya, seperti dipetik dari news.com.au. Setelah diberi makan secara intensif iaitu Plumpynut (pasta kacang berkhasiat), kini berat badan Minhaj telah mencapai 8 kg, menghampiri berat normal untuk kanak-kanak seusianya.
Minhaj Gedi Farah 1 Wajah Terbaru Kanak Kanak Somalia Yang Sebelum Ini Seperti Rangka Hidup
(Gambar: Minhaj pada Oktober 2011)
Minhaj mendapatkan bantuan dari International Rescue Committee, sebuah badan amal yang giat berusaha untuk menjaga kebajikan kanak-kanak lain seperti Minhaj untuk hidup.

Catat Ulasan