Wanita ini ditahan kerana adakan hubungan seks dengan budak 12 tahun


PORT WAKEFIELD - Seorang ibu yang mempunyai dua anak, Rebecca Robyn Daniel menjadikan seorang budak berumur 12 tahun sebagai kekasih dan menjalin hubungan seks dengannya dalam sebuah kereta.

Pendedahan itu dibuat oleh pendakwa raya yang berhujah di sebuah mahkamah di sini tetapi Rebecca tidak mengaku bersalah berhubung satu tuduhan melakukan serangan tidak senonoh.

Dia turut tidak mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan melakukan hubungan seks yang menyalahi undang-undang.
Pendakwa raya Michael Barnett menyatakan wanita yang berumur 35 tahun itu melakukan hubungan seks antara Jun 2007 dan Februari 2008.

Ketika itu, budak tersebut berumur 12 tahun manakala Rebecca berusia 34 tahun.
Rebecca juga melakukan hubungan seks dekat rumahnya di kawasan yang berdebu sebelum meminta budak tersebut menanggalkan pakaiannya.

Menurut Barnett, hubungan seks itu juga pernah dilakukan dalam kereta Rebecca dan sebelum melakukannya dia meminta budak berkenaan menanggalkan pakaian.
Perbicaraan itu berlangsung di hadapan Hakim Waye Chivell.

Catat Ulasan