Wow, ada pembedahan zakar percuma di Cuba

Kerajaan Cuba menawarkan perkhidmatan memasukkan implan zakar secara percuma bagi rakyat negara itu yang menderita penyakit mati pucuk, lapor akhbar Juventud Rebelde.

Menurut akhbar tersebut, tawaran itu merupakan sebahagian daripada program kerajaan yang akan diluaskan ke seluruh negara.

Menurut pakar urologi Cuba, Dr. Juan Carlos Yip, semua lelaki di negara itu layak menjalani pembedahan implan tersebut.

"Ia akan dilakukan terhadap pesakit yang menghidap penyakit seksual setelah rawatan secara biasa tidak mampu menyelesaikan masalah yang mereka alami," kata Yip.
Jelas beliau, lelaki berumur lebih 40 tahun dengan penyakit diabetes atau masalah peredaran darah dijangka menjadi kumpulan pertama menerima implan tersebut.

Catat Ulasan