Yusry KRU Guna Bomoh Dalam Filem Vikingdom

Yusry KRU menjelaskan bahawa dia menggunakan khidmat bomoh hujan dalam penggambaran filem epik terbarunya, ‘Vikingdom’. Filem terbitan KRU Studios ini sudahpun memulakan penggambaran sejak 15 Oktober lalu di Kellie’s Castle, Gua Tempurung, Puncak Alam serta di dalam studio. Yusry menggunakan khidmat bomoh hujan kerana lokasi tempat shooting filem ni sering hujan dan menyukarkan keadaan untuk penggambaran. Berkongsi mengenai buah tangan terbarunya itu, Yusry memberitahu, “Filem ini dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan ditulis oleh penulis Amerika, James Coyne. Filem ‘Vikingdom’ diterajui oleh nama-nama terkenal antarabangsa seperti pelakon ‘Prison Break’, Dominic Purcell yang membawa watak sebagai Eirick, Craig Fairbrass (Sven), Natassia Malthe (Brynna), Jon Foo (Yang) dan Conan Steven (Thor). Menurut Yusry, beliau tidak mempunyai masalah bekerja dengan pelakon-pelakon antarabangsa kerana mereka semuanya bersikap profesional.

Catat Ulasan