Alangkah Seronok Kalau Ada Rumah Gua

Penduduk tempatan menggelar rumah ini sebagai Rumah Gua, dan ianya kelihatan amat sesuai sekali namanya yang di bina di Bisbee, Arizona, USA. Bekas kawasan perlombongan satu masa dahulu dan bandar ini sekarang bertukar menjadi syurga untuk golongan yang telah bersara.

Lokasi tepatnya kira-kira 80 kilometer dari Tucson, Chulo Canyon. Rumah Gua ini diukir ke dalam satu batuan granit, memanjang lebih daripada 2,000 persegi ke dalam batuan, seolah gua padang pasir sebenar. Amat sesuai untuk mereka yang mendambakan cara hidup damai, jauh dari hiruk pikuk kotaraya metropolitan.
 




Kediaman yang aneh dan luar biasa, kini untuk di jual dan boleh menjadi milik anda dengan harga kira-kira USD 1.5 juta. Dilengkapi dengan 2890 kaki persegi ruang tamu, dengan sebuah lagi rumah kecil bersaiz 890 kaki persegi untuk tetamu. Terdapat bilik permainan bawah tanah di bawah rumah tetamu ini. Sebuah bilik perpustakaan, ruang bengkel bersendirian, pejabat di rumah yang berasingan dan tempat meletak kereta.

Rumah utama mempunyai dinding kaku kasar, batu dan kemasan siling simen. Air yang digunakan dalam rumah ini hasil air yang dikumpul dari mata air semulajadi. Ada satu sunroom berdinding kaca, satu dapur komersial gred dengan kabinet kaca bernoda dan jubin mozek. Satu meja makan memuatkan 8 orang, satu bilik utama, dua bilik mandi, satu loteng tidur dan bilik belakang yang kini digunakan sebagai satu bilik latihan senaman juga bilik yoga.

Rumah Gua padang pasir ini telah dibina oleh pemilik asalnya bersama suami yang baru meninggal dunia dan tidak dinyatakan namanya. Ianya sebuah gua buatan manusia yang sebenarnya hasil diletupkan batuan sedia ada di sana. Menurut broker jualan rumah ini Jean Noreendari Bisbee Realty, rumah ini mempunyai semua kualiti yang baik untuk tinggal terutama suhunya yang kekal sama sepanjang tahun. Suhu rumah ini tidak pernah melebihi 66 darjah Fahrenheit sepanjang tahun.

Catat Ulasan