Sos Pisang Bakal Gantikan Sos Cili



friesphilippines
Apa yang bakal berlaku sekiranya sos pisang akan mengantikan sos cili pada suatu hari nanti? Cuba anda bayangkan apabila anda mencecah ayam KFC, burger McD, atau pizza dengan sos pisang… bagaimana rasanya? adakah anda teruja untuk mencuba sos pisang?
banana-ketchup-2-400x600
Di negara Filipina, rakyatnya suka memakan makanan yang manis. Satu contoh utama ialah spageti yang dijual sebagai makanan segera. Rasanya benar-benar manis walaupun mempunyai hot dog di dalamnya.
Maka tidak mengejutkan sekiranya pada hari ini banyak kilang membuat sos daripada pisang berada di Filipina.
Sos pisang rasanya lebih manis dari sos tomato dan ianya merupakan pencecah utama dan hampir semua rakyat memilikinya. Rasanya lebih kurang serupa dengan sos cili Thai.
Pisang yang dicampur dengan gula, cuka, rempah, dan pewarna makanan supaya kelihatan seperti sos tomato.
Asalnya sos pisang ini dijual semasa perang dunia ke-2 kerana berlakukan kes kekurangan tomato. Sejak dari itu Filipina telah menggunakan sos pisang tersebut untuk dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng, hot dog, mahupun omelets.
Sekiranya anda mahu mencuba anda boleh sahaja dapatkan sos pisang tersebut di Filipina atau kedai berhampiran sekiranya ada.

Catat Ulasan